Tuesday, September 2, 2014

Bila aib artis terkenal jadi tontonan ramai



Bila aib artis terkenal jadi tontonan ramai | Gambar bogel ramai selebriti terkenal termasuk pemenang Oscar, Jeniffer Lawrence dan penyanyi pop Rihanna kini bertebaran di Internet gara-gara penggodam. Ia dipercayai dilakukan penggodam yang melakukan pencerobohan terancang dan besar-besaran ke atas akaun peribadi selebriti terkenal. Ketika beberapa artis mendakwa gambar berkenaan adalah palsu, Jennifer sebaliknya mengakui ketulenan imej yang tersebar itu. Aktres yang merangkul anugerah Oscar melalui filem Silver Linings Playbook itu berkata, dia berasa pelik apabila privasinya dirampas orang tidak dikenali.

Ejen Jennifer pula berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab membocorkan data berkenaan. “Ini jelas melanggar privasi. “Pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka pasti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menyebarkan gambar Jennifer,” katanya. Hasil penggodaman itu sejumlah gambar bogel Jennifer disebar di Internet, termasuk beberapa keping selfie. Selebihnya gambar Jennifer, 24, yang dirakam pihak kedua atau ketiga. Media melaporkan, sejurus gambar sulit itu tersebar pengguna laman sosial mula menggunakan ‘trending’ Jennifer Lawrence.

Menurut media, gambar berkenaan diperoleh apabila penggodam menceroboh akaun iCloud, Mashable dan beberapa media sosial lain. Turut menjadi sasaran, Avril Lavigne, Amber Heard, Gabrielle Union, Hayden Panettiere dan penjaga gol skuad bola sepak Amerika Syarikat (AS), Hope Solo. Tidak cukup dengan itu, akaun artis lain seperti Hilary Duff, Jenny McCarthy, Kaley Cuoco, Kate Upton, Kate Bosworth, Keke Palmer dan Kim Kardashian juga diceroboh.

Bekas bintang Nickelodeon dan penyanyi Victoria Justice bagaimanapun menafikan imej menyerupai dirinya adalah asli. “Gambar kononnya saya berbogel itu palsu,” katanya melalui Twitter. Jurucakap Ariana Grande juga turut menafikan gambar terbabit dan memberitahu ia tidak benar sama sekali.- AFP Namun pelakon filem seram Mary Elizabeth Winstead yang turut digodam gambarnya mengakui dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku. “Kepada sesiapa yang melihat gambar saya bersama suami beberapa tahun lalu di rumah kami, harap kamu mampu berasa hebat dengan diri sendiri,” katanya. -AFP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on September 2, 2014 at 10:19 AM said...

diaorang ni lebih2 barat dah jadi satu kebiasaan kann???

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!