Tuesday, September 30, 2014

Juruteknik maut, kenderaan pacuan empat roda dipandunya rempuh lori berhenti


Juruteknik maut, kenderaan pacuan empat roda dipandunya rempuh lori berhenti | Seorang juruteknik berusia 44 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam kejadian di Jalan Bemban Kampung Pisang, di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa Ahmad Nizam Mohamad Rose yang beralamat di Kampung Ara Payong, di sini meninggal dunia ditempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dari arah Bemban menghala ke Kampung Pisang dan sebaik tiba dilokasi kejadian dipercayai kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah lori yang berhentu di tepi jalan berkenaan.

"Akibat daripada pelanggaran itu, pacuan empat roda mangsa remuk dan mangsa maut ditempat kejadian. "Sementara itu, pemandu lori berusia 33 tahun dan berasal Chemor, dekat sini tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi. Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!