Sunday, September 28, 2014

Kelebihan telefon pintar iPhone yang tidak diketahui ramai


 Kelebihan telefon pintar iPhone yang tidak diketahui ramai | Ramai yang tidak mengetahui bahawa telefon pintar iPhone yang dimiliki turut disertakan dengan fungsi log yang mampu merekodkan setiap pergerakan pemiliknya setiap hari, lapor MailOnline semalam. Sistem tersembunyi itu mampu menganalisis segala bentuk data seperti kedudukan atau lokasi tempat tinggal pengguna berdasarkan frekuensi dan tetapan masa yang dijalankan. Fungsi itu yang dikenali sebagai Frequent Location telah direka secara rahsia dalam produk iPhone setahun yang lalu, namun tidak ramai pengguna yang mengetahui program itu.

Apple bagaimanapun mendakwa, perisian rahsia itu dicipta untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pemetaan kepada pengguna dan mereka boleh menghentikannya dengan membuat pilihan dalam menu privasi. "Setiap tempat yang anda pergi, di mana anda membeli-belah dan sebagainya akan direkodkan, bagi saya itu adalah rahsia peribadi yang tidak wajar direkodkan," kata salah seorang daripada pakar komputer terkemuka Britain, Prof. Noel Sharkey. Para pengkritik turut mempertikaikan perisian tersebut kerana bimbang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak lain termasuk majikan yang mahu mengintip pekerja mereka dan isteri yang cemburu. - Agensi




.

1 Penyokong CHELSEA:

ridoma on September 28, 2014 at 7:00 PM said...

wow daysat.. info menarik

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!