Tuesday, September 2, 2014

Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak


Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak | Kemalangan menyayat hati melibatkan tiga beranak Hasrat seorang lelaki mengutip duit sewa rumah bertukar tragedi apabila dia bersama dua anak berusia lima dan tujuh tahun maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang di Batu 6, Lekir, di sini lewat malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Suhaini Abu Samat, 39, yang menunggang motosikal bersama dua anak lelakinya maut selepas tercampak ke laluan bertentangan sejurus kenderaan mereka dirempuh dari belakang.

Mangsa yang bekerja sendiri, bersama dua anaknya, Mohamad Kuzaimy, tujuh tahun dan Haikal Firdaus, lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Menurut adik mangsa, Rosnita Abu Samat, 32, abang dan dua anak saudaranya itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak, di sini, selepas mereka ke rumah arwah ibunya di Taman Keris Batu 6. “Arwah abang dan anaknya ke rumah arwah ibu kami yang disewakan kepada orang lain untuk mengutip duit sewa rumah.


“Mereka tiga beranak keluar selepas Isyak dan apabila tiba di sana penyewa tiada di rumah, lalu mereka bergerak pulang semula ke rumah di Sungai Limau. “Malangnya, dalam perjalanan pulang itu mereka terbabit kemalangan dan kami dimaklumkan tiga beranak itu meninggal dunia di tempat kejadian,”” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung, di sini, semalam. Rosnita berkata, hubungan Allahyarham bertiga begitu rapat dan anak saudaranya begitu manja dengan arwah abangnya sejak kematian ibu mereka dua tahun lalu. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!