Friday, September 19, 2014

Kereta tiba-tiba terbakar di lebuh raya utara selatan, pemandu dilapor selamat



Kereta tiba-tiba terbakar di lebuh raya utara selatan, pemandu dilapor selamat | Hasrat seorang lelaki yang dalam perjalanan bertemu rakan di utara tanah air tidak kesampaian apabila kereta dipandunya terbakar di Kilometer (KM) 237.5, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah utara, berhampiran Plaza Tol Pedas/Linggi, Rembau, dekat sini, hari ini. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Rembau dihubungi berkata, dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa, Liau Meng Kim, 45, memandu kereta jenis Naza Citra dari rumahnya di Johor Bahru menuju ke sebuah negeri di utara tanah air.

Katanya, mangsa yang difahamkan mahu bertemu rakan di negeri berkenaan tiba-tiba cemas apabila kereta dipandu disedari berasap dan terbakar di bahagian enjin menyebabkannya memberhentikan kenderaan. Menurutnya, selepas kereta diberhentikan, mangsa menyaksikan keretanya sedikit demi sedikit dijilat api sebelum orang ramai membantu dan menghubungi pihaknya.

"Pihak kami (bomba) menerima panggilan kecemasan jam 3.15 petang dan sepasukan enam anggota beserta sebuah jentera digerakkan ke lokasi. "Sejurus tiba jam 3.48 petang tadi (semalam), kereta itu bagaimanapun gagal diselamatkan dan terbakar 100 peratus," katanya. Menurutnya, api dikawal sepenuhnya kira-kira jam 4 petang selepas kerja memadam dijalankan. "Tindakan pantas lelaki itu memberhentikan kereta dan keluar kenderaan menyelamatkan nyawanya," katanya. Menurutnya, nilai kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!