Thursday, September 11, 2014

Pasangan suami isteri ditemui mati dengan kejam dalam satu insiden di Nilai


Pasangan suami isteri ditemui mati dengan kejam dalam satu insiden di Nilai | Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul dalam rumah mereka di sebuah ladang buah di Kampung Gebok, Mantin, di sini, hari ini. Pasangan berusia lingkungan 30-an terbabit ditemui oleh pasangan peniaga buah kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mereka mahu mengambil buah naga di ladang berkenaan. Sumber berkata, peniaga terbabit yang tidak melihat mangsa di ladang bertindak masuk ke dalam rumah mereka yang terletak dalam ladang itu untuk mencari dan terkejut sebaik menemui kedua-duanya dalam keadaan berlumuran darah dan sudah mati.

Menurutnya, peniaga terbabit kemudian menghubungi polis untuk siasatan lanjut. Tambahnya, mayat lelaki ditemui terlentang dalam sebuah bilik manakala isterinya ditemui di luar bilik dan kedua-dua mangsa mempunyai kesan kecederaan di kepala disyaki dipukul dengan objek tumpul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!