Wednesday, September 17, 2014

Penemuan mayat bayi lelaki itu memang menggemparkan kerana bayi itu...



Penemuan mayat bayi lelaki itu memang menggemparkan kerana bayi itu... | Penemuan mayat seorang bayi lelaki berhampiran Taman Wilayah Jinjang menimbulkan tanda tanya apabila mangsa lengkap berpakaian, termasuk dipakaikan sarung tangan dan kaki. Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, mayat bayi itu dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi longkang berhampiran sebuah stesen minyak. Mayat bayi cukup sifat itu turut dipakaikan baju dan seluar berwarna merah jambu.


 Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat bayi itu ditemui pekerja memotong rumput sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.“Mayat bayi itu tersangkut pada batu di tengah longkang. Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya. Beliau berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung bayi itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membantu siasatan. -Metro




.

5 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on September 17, 2014 at 9:49 AM said...

dah pakaikan lawa2..sampai hati buangkan bayi yg x berdosa tu kan

maszull on September 17, 2014 at 1:54 PM said...

assalamualaikum lulu....sedihnya ada lagi manusia yg kejam lakukan perkara2 begini...

Anonymous said...

Tak percaya manusia sanggup buat semua ni.Mesti haiwan buat ni

Anonymous said...

Haiwan pun tak sanggup buang anaknye...

Anonymous said...

Haiwan pun pndai sygkan anak nye... Aduhhaiiii

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!