Tuesday, September 23, 2014

Tahukah anda.. Ada peranti khas dicipta untuk kesan pengguna hantar sms ketika memandu


Tahukah anda.. Ada peranti khas dicipta untuk kesan pengguna hantar sms ketika memandu | Sebuah syarikat reka cipta berjaya menghasilkan alat yang mampu mengesan pengguna jalan raya menaip teks mesej di telefon bimbit ketika sedang memandu atau menunggang motosikal. Mail Online melaporkan, alat yang dikenali sebagai Sniffer Sleuth II itu dilengkapi peranti khas yang mampu mengesan frekuensi teks mesej. Reka bentuk dihasilkan Virginia, ComSonics, peranti berkenaan mempunyai fungsi yang sama seperti alat pengesan kabel rosak yang sering digunakan jurutera elektrik.

Penghasilan Sniffer Sleuth II dilihat mampu membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang larangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Britain yang menetapkan denda sebanyak 1,000 pound (RM5,306) kepada mereka yang bersalah. Menurut akhbar Virginian-Pilot, alat itu juga mampu membezakan antara frekuensi teks mesej, panggilan telefon dan pemindahan data. "Buat masa ini Sniffer Sleuth II belum lagi dipasarkan kerana sedang mendapatkan kelulusan perundangan atas faktor gangguan hak peribadi. "Bagaimanapun, wakil dari ComSonics, Malcolm MacIntyre berkata, alat berkenaan semakin hampir untuk menjalani proses pengeluaran," jelas Virginian-Pilot. - AGENSI




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!