Saturday, October 25, 2014

Guru disiplin dipenjara 15 tahun dan sebat kerana rogol murid sendiri



Guru disiplin dipenjara 15 tahun dan sebat kerana rogol murid sendiri | Seorang bekas guru disiplin diperintah menjalani hukuman penjara 15 tahun dan sebatan empat kali selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana merogol anak muridnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun. Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan keputusan terdahulu yang dijatuhkan terhadap Ahmad Shukran Ramli, 37.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman tersebut pada 19 Mac tahun lalu manakala Mahkamah Tinggi mengekalkannya pada 17 September tahun yang sama. Ahmad Shukran disabitkan merogol mangsa kira-kira pukul 3.30 petang, 5 Mei 2011 dalam bilik tidur tingkat atas sebuah kuarters guru sebuah sekolah menengah di daerah Jerantut, Pahang. - Utusan



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!