Thursday, October 23, 2014

Jurugambar bertuah berjaya gambar obor-obor pelik



Jurugambar bertuah berjaya gambar obor-obor pelik | Seorang jurugambar di Britain merasa bertuah apabila berjaya mengambil gambar obor-obor berbentuk seperti kuning telur ketika belayar di Laut Mediterranean, baru-baru ini. Portal berita Mail Online melaporkan jurugambar itu, Barry Bland dari St. Albans, Hertfordshire berkata, dia sebelum ini hanya melihat obor-obor itu di kalender majalah National Geographic dan memasang keinginan untuk mengambil gambar haiwan tersebut. “Jadi, ketika berada di Lautan Miditerranean, saya memberi tumpuan khas untuk mencari obor-obor tersebut,’’ katanya.

Bland berkata, obor-obor yang mempunyai warna menarik itu dengan bebola berwarna biru boleh dilihat bertukar bentuk seperti sebuah lampu hiasan dan kuning telur ketika haiwan itu berenang. “Gambar saya menyaksikan obor-obor ini berenang-renang dalam kalangan kawanan ikan,’’ katanya. Habitat obor-obor kuning telur itu boleh ditemui di Laut Mediterranean, selain di Laut Agean dan Adratic. Obor-obor kuning telur dianggap lebih selamat berbanding jenis obor-obor lain ekoran sengatnya tidak memberi kesan kepada manusia. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on October 23, 2014 at 10:26 AM said...

cantik!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!