Tuesday, October 7, 2014

Kisah atlet yang tidak dapat menyertai pertandingan hanya kerana tertidur


Seorang atlet yang menghabiskan masa setahun berlatih untuk menyertai pertandingan triatlon akhirnya hanya mampu menggigit jari apabila terlepas acara itu kerana tertidur. Jody George, 34, turut menerima derma daripada rakan-rakannya selain sering memaklumkan mereka mengenai perkembangan terkini persiapannya untuk Triatlon Weymouth yang memerlukannya berenang 3.8 kilometer (km), mengayuh basikal sejauh 180km dan melakukan larian jarak jauh. Penyertaannya itu bagi mengutip derma untuk perkhidmatan Ambulans Udara Devon dan Somerset. Menurut George, dia mengunci jam pada telefon bimbitnya untuk bangun pada jam 3 pagi pada hari pertandingan. Namun malangnya, George tertidur semula selepas jam berbunyi dan hanya bangun pada jam 5.55 pagi menyebabkannya tidak sempat sampai ke lokasi triatlon berkenaan.

 “Memang itu antara detik paling mengecewakan dalam hidup saya malah ketika itu hanya mampu merenung telefon bimbit saya dengan perasaan tidak percaya. “Saya terlalu terkejut namun menerima hakikat tidak dapat berlumba lalu terus menghubungi tunang saya. “Dia menjerit dan memaki hamun kerana kecewa. “Saya mengambil beberapa hari untuk mengatasi kekecewaan itu sebelum mampu membuat pengakuan kepada rakan-rakan yang menyokong dan menderma,” katanya.

Katanya, dia berlatih selama setahun untuk acara itu malah sering menceritakan di Facebook kerana ramai mengikuti perkembangannya. Akibatnya dia terpaksa mengakui kesilapannya kepada semua peminatnya malah turut menawarkan untuk memulangkan wang derma yang disumbangkan. Bagaimanapun, dia mewujudkan satu lagi triatlon berhampiran rumahnya kerana tidak mahu terus mengecewakan rakan-rakan serta peminatnya. Kelmarin, pada jam 6.30 pagi, George berenang di Sungai Sowy sebelum menghabiskan kayuhan basikal dan larian mengelilingi pekan Burrowbridge seterusnya menamatkan cabaran itu dalam tempoh 14 jam. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!