Monday, October 13, 2014

Lihat reaksi spontan wanita ini ketika lupa menarik brek tangan selepas meninggalkan keretanya



Lihat reaksi spontan wanita ini ketika lupa menarik brek tangan selepas meninggalkan keretanya | Seperti diketahui, brek tangan merupakan elemen penting pada sebuah kereta. Baru-baru ini seorang pemandu wanita terlupa menarik brek tangan selepas parkir kereta. Malangnya ketika dia meninggalkan kereta, kereta itu terus bergerak. Dan dia dengan pantas terus mengejar kereta itu yang pada mulanya bergerak perlahan. Dia cuba membuka pintu kereta tersebut namun tidak berjaya kerana kereta itu sudah mula bergerak pantas.

Mujurlah dia terlupa menutup tingkap kereta, dan berjaya mengendalikan kereta itu melalui tingkap, menukar laluan kereta agar tidak terlanggar dengan kereta lain. Agaknya akibat mulai lelah, dia mengarahkan kereta ke sebuah tiang elektrik sehingga keretanya berhenti. Selepas berhenti, wanita itu segera masuk ke dalam kereta. Akibat kejadian ini bahagian depan kereta kemek akibat melanggar tiang elektrik. -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!