Saturday, October 25, 2014

Penemuan mengejutkan mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di George Town



Penemuan mengejutkan mayat lelaki dalam keadaan berulat dijumpai di George Town | Misteri bau busuk yang dihidu oleh penduduk Bukit Jambul Court terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam satu unit pangsapuri itu, di sini, Sabtu. Mayat Wong Boon Chuang, 53, dijumpai dalam keadaan kembung dan berulat, dipercayai telah meninggal dunia seminggu lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari itu pihaknya terpaksa memecah masuk pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam.

 "Menurut jirannya sudah lebih seminggu lelaki itu tidak dilihat keluar dari rumah dan dia tinggal bersendirian di tingkat sembilan unit pangsapuri itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sementara itu satu lagi mayat lelaki ditemui di sebuah pangsapuri di Halaman Damai Lintang Kampung Rawa I di sini hari ini. Mayat Yeoh Eng Beng, 68, ditemui anak perempuannya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah yang terletak di tingkat 12 itu pukul 10.55 pagi tadi.

Mior Faridalathrash berkata siasatan awal lelaki itu dipercayai telah mati kurang dari tempoh 24 jam dan tiada seberang kesan kecederaan luaran dikesan pada tubuhnya. "Kali terakhir lelaki itu dihubungi pada hari Isnin lepas dan dia tinggal seorang diri di rumah itu kerana isterinya ke luar negara," katanya. Katanya pintu rumah itu berkunci dari dalam dan tiada kesan geledah atau kehilangan barang berharga dilaporkan keluarga mangsa. Beliau berkata polis tidak mengesyaki unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian kedua-dua lelaki itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -MStar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!