Friday, October 10, 2014

Pengerusi Tourism Malaysia Berkata, 'Tak Ada Sebab Haramkan Octoberfest'



Pengerusi Tourism Malaysia Berkata, 'Tak Ada Sebab Haramkan Octoberfest' | Walaupun Tourism Malaysia tidak mempunyai peranan dalam mempromosikan acara Octoberfest, pengerusinya Tan Sri Dr Ng Yen Yen berkata adalah tidak adil untuk mengharamkan acara ini memandangkan terdapat komuniti ekspatriat yang besar di Malaysia, termasuk ramai rakyat Jerman. "Kita juga menerima banyak kedatangan orang luar dari seluruh dunia yang ingin mengambil bahagian dalam festival itu," katanya, sambil menambah tidak pernah timbul ada apa-apa isu mengenai acara itu sebelum ini. Dr Ng berkata Tourism Malaysia tidak akan menyokong panggilan untuk mengharamkan acara tersebut.

Diadakan sejak 1810, Octoberfest dilangsungkan setiap tahun di Munich, Jerman. Ia juga diraikan di kebanyakan negara lain. "Jika Octoberfest diharamkan, maka kita langsung tidak boleh mempunyai sebarang program seperti itu (di mana bir dihidangkan). "Bagi saya, ia terpulang kepada individu berkenaan sama ada dia ingin menghadiri festival seperti itu atau tidak. Tiada siapa yang boleh dipaksa untuk berbuat demikian," katanya selepas melancarkan buku panduan Jom Singgah di R & R Seremban di Lebuhraya Utara Selatan di sini Khamis. Buku panduan ini, antara lain, menyediakan maklumat mengenai destinasi pelancongan, kemudahan di sepanjang 16 R & R NSE yang dinaik taraf, dan hidangan istimewa di perhentian dipilih. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!