Wednesday, November 5, 2014

Harga terkini sekotak rokok



Harga terkini sekotak rokok | Penghisap rokok terpaksa mengeluarkan wang tambahan mulai hari ini apabila harga enam jenis rokok keluaran British American Tobacco (M) Berhad (BAT Malaysia) mengalami kenaikan sebanyak RM1.50 sekotak. Harga baharu untuk setiap sekotak rokok yang mengan­dungi 20 batang itu diumumkan oleh syarikat BAT Malaysia menerusi satu pengumuman di laman sosial. Pengumuman tersebut me­maparkan satu senarai harga rokok baharu yang dikeluarkan oleh Commercial Marke­ters and Distributors Sdn. Bhd. melibatkan enam jenama rokok keluaran syarikat tersebut.

Kenaikan itu menyebabkan harga sekotak rokok Lucky Strike dan Rothmans International yang mengandungi 20 batang kini dijual pada harga RM14. Ekoran kenaikan itu, sekotak rokok Dunhill, Benson & Hedges dan Kent pula berharga RM13.50. Sekotak rokok Peter Stuyvesant juga mengalami kenaikan harga yang menyebabkan ia dijual pada harga RM12. Syarikat BAT Malaysia itu merupakan syarikat pengeluar rokok yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada syarikat British American Tobacco yang merupakan pengeluar rokok kedua terbesar di dunia.


Dalam pada itu, sumber industri memberitahu, kerajaan Malaysia telah menaikkan cukai eksais rokok pada 1 November lalu menyebabkan harga rokok me­ningkat kira-kira 3 sen sebatang. “Kenaikan ini tidak dapat dielak dan syarikat-syarikat pengeluar rokok terpaksa menaikan harga rokok masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit di Serdang yang cuma ingin dikenali sebagai Akhbar berkata, dia telah menerima pengumuman yang dikeluarkan oleh syarikat rokok berkenaan. “Saya akan mula menjual rokok pada harga baharu yang berkuat kuasa tengah malam ini (semalam),” katanya. -Kosmo




.

1 Penyokong CHELSEA:

Izwa Kamaruddin on November 5, 2014 at 9:18 AM said...

naik mcm mana pun tetap la diaorg ni merokok termasuk laki akak..grrr...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!