Wednesday, November 19, 2014

Lagi kilang dan premis membuat roti ditutup kerana kotor



Lagi kilang dan premis membuat roti ditutup kerana kotor  | Enam kilang dan premis membuat roti diarahkan ditutup selama 14 hari selepas gagal melakukan kerja pembersihan dan keselamatan pengendalian makanan yang memuaskan dalam Ops Premis Bersih Kali 19/2014 yang dilakukan secara serentak di seluruh negeri, semalam. Dalam operasi bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang itu, operasi berkenaan, 26 kilang dan bakeri diperiksa ialah dua di daerah Timur Laut, lapan (Barat Daya), empat (Seberang Perai Utara), enam (Seberang Perai Tengah) dan enam di Seberang Perai Selatan membabitkan lokasi di Air Itam, Jalan Datuk Keramat, Bayan Baru, Sungai Ara, Butterworth, Kepala Batas, Nibong Tebal, Sungai Bakap, Bukit Mertajam dan Sungai Rambai.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi itu membabitkan 93 pegawai dan anggota Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan negeri selain dibantu pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). "Daripada 26 premis yang diperiksa, enam diarahkan ditutup selama 14 hari selepas gagal mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan pengendalian makanan termasuk penemuan najis tikus, lipas dan lalat serta kawasan memproses roti yang kotor dan menjijikkan. "Ada sesetengahnya membiarkan makanan terdedah dan diletakkan berhampiran tong sampah yang tidak ditutup manakala adunan tepung yang siap diproses diletakkan berhampiran tandas tidak ditutup dan diselenggarakan dengan sempurna," katanya. -Metro



.

1 Penyokong CHELSEA:

Norma NML on November 19, 2014 at 9:45 AM said...

pengotor betul dorang ni..hishhh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!