Sunday, November 23, 2014

Lelaki gantung diri kerana kecewa bercinta



Lelaki gantung diri kerana kecewa bercinta | Mayat lelaki warga Nepal ditemui tergantung dalam bilik di Jalan Sri Bahari, di sini, 8.10 malam tadi. Mayat lelaki berkenaan, Daya Shankar, 34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditemui dalam bilik tidur dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat ke belakang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik kedai yang menyewakan bilik kepada mangsa sejak beberapa bulan lalu.

"Pemilik kedai itu memanggil mangsa beberapa kali, tetapi tidak terjawab menyebabkan dia memecahkan pintu bilik berkenaan untuk membuat pemeriksaan. "Mangsa ditemui mati tergantung di dinding dengan tali dan meninggalkan sekeping nota menyatakan kecewa bercinta dan tiada unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa," katanya. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Najib Ariyan Ali Basha on November 23, 2014 at 10:39 AM said...

hmmmm... barangkali masalah dia selesai dengan membunuh diri tu... kalau jadi hantu tak ker semakin menyusahkan diri... apa boleh buat... cinta bukan diminta2... dia datang sendiri

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!