Saturday, November 8, 2014

Ngeri! Lelaki maut dirempuh kereta api



Seorang lelaki maut dengan pergelangan kaki kanannya putus selepas dirempuh kereta api di landasan arah Kempas-Johor Baharu berhampiran Jalan Tampoi Lama, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kemalangan tersebut pada pukul 9 pagi dan hasil pemeriksaan tidak menjumpai sebarang pengenalan diri pada mangsa. “Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an mati dilanggar oleh kereta api Express Woodland ke Kuala Lumpur.

“Kelajuan kereta api pada masa itu kira-kira 50 kilometer sejam. Pemandu kereta api telah memberhentikan kenderaan pada jarak 200 meter dari tempat kejadian untuk minta bantuan dan kemudian meneruskan perjalanan," katanya. Menurut Sulaiman, mayat mangsa ditemui pada jarak dua meter dari landasan dalam keadaan terlentang dengan kecederaan putus pergelangan kaki kanan, kecederaan pada paha kanan dan kepala.

Katanya, mangsa dipercayai menceroboh kawasan landasan tersebut. "Tiada saksi lain yang nampak kejadian dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur khianat. Mereka yang kehilangan ahli keluarga lelaki diminta menghubungi Ketua Polis Balai Majidee untuk tujuan pengecaman dan menuntut mayat," katanya. Tambah Sulaiman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!