Punca Seniwati Mariani masuk hospital sejak tiga hari lalu | Seniwati Mariani, 81, dimasukkan ke hospital swasta di ibu negara semalam selepas mengalami muntah-muntah dan sakit perut. Menurut anak beliau, Rozita Rohaizad, keadaan ibunya sudah pulih hari ini bagaimanapun pihak hospital masih menjalankan beberapa pemeriksaan untuk memastikan punca penyakit ibunya itu. “Semalam kira-kira pukul 12 tengah hari, ibu mengadu sakit dan dia dibawa ke hospital oleh Melissa Saila ke hospital. “Setakat ini apa yang saya boleh pastikan ibu mengalami komplikasi di bahagian usus, bagaimanapun dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma amat terkenal dengan watak Manisah dalam filem Labu Labi pada tahun 1962. Seniwati yang dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura itu juga dikurniakan 13 anak melalui tiga perkahwinannya. Semalam Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia(YA1M), Datuk DJ Dave turut melawat dan sempat menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Mariani.- Utusan


1 Penyokong CHELSEA:
Semoga Allah panjangkan umurnya. Amin.
Post a Comment