Wednesday, November 5, 2014

'Setelah laung azan, baru kami jumpa arwah’.. Ini kisah pasukan sukarelawan yang temui mayat Rafikin



'Setelah laung azan, baru kami jumpa arwah’.. Ini kisah pasukan sukarelawan yang temui mayat Rafikin | “Selepas beberapa kali kami melaungkan azan dan memanggil nama Ahmad Rafikin Azman, barulah kami mendapat petunjuk di mana mayat mangsa berada dan menemuinya.” Itu cerita Mohd. Johari Abu Bakar, ketua pasukan sukarelawan yang menemui mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud itu di celah batu besar di pinggir Sungai Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, Kuala Berang di sini pukul 3.30 petang ini. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri itu berkata, beliau dan tiga anggota sukarelawan lain memulakan pencarian kira-kira pukul 10 pagi sehinggalah tiba berdekatan kawasan sungai.


 “Selepas itu saya melaungkan azan dan memanggil nama mangsa sambil berjalan. “Tiba-tiba saya terhidu sesuatu dan ternampak objek seperti tangan terselit pada batu dan bila kami periksa itu memang orang yang kami cari,” katanya kepada pemberita di sini. Tambah Mohd. Johari, lokasi mayat mangsa terletak kira-kira 100 meter dari tempat kasutnya ditemui semalam. Ujar beliau, berdasarkan keadaan mayat, Ahmad Rafikin mungkin terjatuh dari tempat tinggi.-Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!