Wednesday, December 17, 2014

Ini reaksi Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas pasukannya tewas 2-0 dengan Thailand



Ini reaksi Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas pasukannya tewas 2-0 dengan Thailand | Perjuangan belum berakhir. Harimau Malaya masih mempunyai 90 minit untuk merubah nasib mereka apabila menerima kunjungan Thailand dalam final kedua Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, tegas jurulatih Malaysia, Dollah Salleh selepas melihat pasukannya tewas 2-0 di Stadium Rajamangala di sini, sebentar tadi. “Kita tidak bermain sebaik ketika menentang Vietnam (separuh akhir kedua) di Hanoi, sedangkan Thailand menunjukkan permainan yang memang sudah kita jangkakan.


“Bahagian pertahanan juga agak goyah malam ini, terutama menerusi kesilapan yang dilakukan pada minit ke-72 (Thailand dihadiahkan sepakan penalti kerana Mohd. Fadhli Shas mengkasari lawan). “Namun dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Kita tewas 2-0 hari ini tetapi kita masih boleh bangkit dan merubah kedudukan apabila beraksi di depan penyokong sendiri. “Saya percaya, pemain kami akan tampil dengan aksi lebih baik apabila menerima kunjungan Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil,” ujar Dollah. Malaysia beraksi bersama misi mencari kejuaraan Piala AFF buat kali kedua selepas muncul juara pada 2010, manakala Thailand pula bakal hadir dengan reputasi selaku juara tiga kali. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!