Kenali kura-kura paling bergaya di Jerman | Iris Peste menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada kura-kura peliharaannya, Blade yang kelihatan tidak bermaya lantas membawanya berjumpa doktor haiwan, Dr. Carsten Plischke. Setelah pemeriksaan, Blade didiagnos mengidap gangguan metabolik tulang menyebabkannya tidak bermaya dan mengalami kesukaran untuk bergerak. Melihat keadaan itu, Dr. Plischke menggunakan kreativitinya dengan membina ‘kerusi roda’ buat Blade.
Dr. Plischke mengambil kepingan dan roda mini permainan LEGO kepunyaan anak lelakinya dan membina roda mini pada bahagian bawah badan Blade untuk membantu kura-kura itu bergerak. “Untuk manusia kita ada ‘walkers’, ‘rollators’ atau prostesis tetapi tiada syarikat yang membina sesuatu seperti itu untuk haiwan. Saiz haiwan yang berbeza menyukarkan mereka untuk mengeluarkan produk sedemikian. Jadi kamu perlu mencari penyelesaian kreatif kerana setiap haiwan memerlukan rawatan tersendiri,” kata Dr. Plischke.
Berita baik buat Blade adalah roda itu akan membantunya bergerak buat masa ini sehinggalah ototnya cukup kuat untuk berjalan sendiri. Dan kini, Blade adalah kura-kura paling bergaya di Jerman! Sebelum kisah Blade, tahun lepas, seekor kura-kura bernama Schildi yang kehilangan sebelah kakinya, juga dipasangkan roda LEGO untuk bergerak. -AP
.
1 Penyokong CHELSEA:
Hi Lulu.. jom join segmen dari blog saya. :) http://www.jomkenalislam.my/2014/12/segmen-review-blog-oleh-jom-kenal-islam.html
Post a Comment