Luahan hati remaja berusia 15 tahun yang mengaku ketagih dengan najis dadah | Pada usia muda seawal 15 tahun dia sepatutnya memanfaatkan masa dengan belajar serta melakukan aktiviti sihat, namun amat menyedihkan apabila memilih untuk bergelumang dengan najis dadah. Remaja itu seorang daripada 68 penagih dadah yang ditahan dalam operasi oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Sentul dan Kepong, semalam. Ketika ditanya, tekanan perasaan dan konflik keluarga di rumah dijadikan alasan menyebabkan dia berjinak-jinak dengan dadah jenis ganja.
Remaja itu berkata, dia mula mencuba ganja pada usia 14 tahun daripada seorang rakan dan akhirnya membuatkan dia hanyut dan terus menjadi hamba kepada najis itu. "Saya beli (ganja) dari rakan untuk hilangkan tekanan. Duduk rumah tak aman. Saya selalu tidur rumah kawan dan itu yang menyebabkan saya belajar mencuba ganja," katanya. -Metro
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment