Penduduk kampung gempar dengan penemuan objek aneh umpama keris kecil warna emas | Penduduk Kampung Redong, Langke Rembong di sini digemparkan dengan penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika putih berbentuk bujur yang mempunyai keris kecil berwarna emas di dalamnya. Hasil tinjauan portral VIVAnews, keris itu berukuran panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram. Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur itu dijumpai anak keduanya, Nino yang berusia lapan tahun dan anak saudaranya Soni, 15, ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya pada 4 Disember lalu.
“Ketika menggali pada kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan terkena objek yang mulanya disangka batu. “Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna putih pucat dan di tengahnya terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining. Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.
Menurutnya, dia tidak didatangi tanda-tanda aneh mahupun bermimpi sebelum batu bujur itu ditemukan. “Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan penemuan objek itu,’’ katanya sambil menambah, dia dan suaminya tidak akan menjual objek aneh tersebut. Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula mengunjungi kediaman Mining bagi melihat objek aneh itu. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment