Monday, December 1, 2014

Punca 2 anak perempuan Presiden Amerika, Barack Obama di kutuk



Punca 2 anak perempuan Presiden Amerika, Barack Obama di kutuk | Seorang kakitangan Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan (GOP), dikecam hebat dan didesak meletak jawatan selepas mengutuk dua anak perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS), Malia dan Sasha Obama dalam laman web Facebooknya, baru-baru ini. Pengarah media GOP, Elizabeth Lauten mengkritik cara dua anak remaja Barack Obama itu berpakaian, yang dikatakannya seperti sedang berada di dalam bar dan menunjukkan muka kelat ketika menghadiri majlis Hari Kesyukuran, yang disiarkan secara langsung di televisyen seluruh negara.

 “Wahai Sasha dan Malia, saya faham anda sedang melalui zaman remaja yang sukar, tetapi anda sebahagian daripada keluarga Presiden, jadi anda harus cuba menunjukkan sedikit minat. “Anda sepatutnya memakai pakaian yang menunjukkan kehormatan anda, bukan seperti berada di dalam bar. Anda juga tidak patut membuat muka dalam acara yang disiarkan oleh televisyen,” katanya, dalam mesej laman web sosial berkenaan yang dipetik sumber, Mail Online. Mesejnya itu, bagaimanapun mencetuskan kemarahan pengguna Internet, semalam dan beratus-ratus orang mendesak supaya Lauten dipecat.


Sasha, 13, mengenakan gaun pendek berwarna merah manggis dengan kardigan berwarna krim, manakala kakaknya, Malia, 16, memakai seluar ketat hitam, skirt mini dan baju berwarna kelabu. Lauten kemudian memadam mesej Facebooknya itu dan meminta maaf di atas perbuatan tersebut. “Selepas membaca semula kata-kata saya, saya dapat rasakan perbuatan saya itu menyakiti hati ramai orang. Saya meminta maaf dan berjanji akan mengambil iktibar daripada perkara itu,” katanya. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!