Saturday, January 4, 2014

Sabun yang sangat mahal dan mungkinkah termahal di dunia?


Sabun yang sangat mahal dan mungkinkah termahal di dunia? | BAR sabun yang dihasilkan oleh perniagaan kendalian keluarga di Lebanon mungkin membuat anda berfikir dua kali untuk mencuci terlalu kerap. Memetik laporan BBC, sabun itu disalut emas dan serbuk berlian. Setiap satu bar sabun itu berharga AS$ 2,800 (RM9,200). -AFP




.

Khabar terkini, Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah


Khabar terkini, Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah | Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu. Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan. "Sejak masuk Idola Kecil lagi saya sudah berhasrat untuk memasuki sekolah itu semata-mata mahu mendalami bidang seni yang cukup saya minati sejak kecil. "Saya cukup teruja apabila diberitahu diterima masuk ke sekolah berkenaan," katanya.

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi. Sekolah Seni Malaysia merupakan sebuah sekolah menengah kelolaan Kementerian Pelajaran bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni seperti seni visual, lakonan dan juga muzik Dalam pada itu, Danial berkata, kemasukannya ke sekolah berasrama penuh itu adalah menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Tawau, Sabah. Bagaimanapun kata Danial, dia sudah bersedia untuk berdikari walaupun mengakui berasa sedih terpaksa berpisah dengan ibu-bapanya."Saya anak bongsu dalam keluarga dan cukup rapat dengan ibu dan bapa jadi pasti akan sedih terpaksa berjauhan dengan mereka.

"Tetapi ini adalah peluang untuk saya berdikari dan mempelajari bidang seni untuk masa depan saya," jelasnya. Sementara itu, Danial berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang ingin mengundangnya mengadakan persembahan atau pun merakamkan album selepas ini. Jelas Daniel, dia yakin dapat membahagikan masa dengan baik dan akan mengutamakan pelajaran. "Ini adalah impian saya sejak kecil dan peluang mengadakan persembahan atau merakamkan album akan saya pertimbangkan namun pelajaran akan menjadi keutamaan saya," katanya. -Mstar




.

Imej kuda sempena tahun kuda menarik perhatian orang ramai..


Imej kuda sempena tahun kuda menarik perhatian orang ramai.. | Kira-kira 30,000 kon pain digunakan untuk menghasilkan imej kuda setinggi 20 meter (m) dan selebar 30m di sini semalam.
Kon pain itu merupakan organ yang mengeluarkan debunga pokok pain.


Imej itu dihasilkan bagi meraikan kedatangan Tahun Kuda. Orang ramai boleh menyaksikan imej tersebut dengan menaiki roda Ferris setinggi 65m. - Agensi




.

Wanita di temui mati terlentang dalam tab mandi


Wanita di temui mati terlentang dalam tab mandi | Seorang pekerja wanita sebuah pusat kecantikan di Jalan Jelawat 1, Cheras di sini, ditemui mati terlentang di dalam tab mandi premis itu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata mayat mangsa yang juga warga India berumur 28 tahun ditemui kira-kira 9.30 malam oleh majikan dan seorang lelaki yang dipercayai suami mangsa, selepas terhidu bau busuk ketika membuka pintu premis berkenaan. "Mayat mangsa ditemui di dalam tab yang tidak berisi air dan dipercayai telah mati empat hari lepas berdasarkan bau busuk dan fizikal badan mangsa yang kebiru-biruan.

"Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dikelar di leher dan ditikam di dada menggunakan senjata tajam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian kira-kira 2 pagi. Mohan berkata mangsa dipercayai bekerja di premis itu selama enam bulan manakala suaminya hanya menumpang di premis berkenaan tetapi menetap di tempat lain. Katanya pemilik pusat kecantikan telah ke premis itu bagi menemani suami mangsa untuk mengambil pakaiannya di dalam bilik yang diduduki pasangan itu selepas gagal menghubungi isterinya.

Susulan itu polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun, yang juga warga India, selepas dia didapati memberi jawapan meragukan ketika disoal siasat. "Lelaki itu menimbulkan banyak persoalan berhubung kes itu dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Setakat ini, polis hanya menahan seorang suspek sahaja yang akan direman bagi membantu siasatan," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - Bernama




.

Pengiktirafan tertinggi buat Ronaldo



Pengiktirafan tertinggi buat Ronaldo | Cristiano Ronaldo bakal menerima penghormatan tertinggi daripada Presiden Portugal. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden hari ini, Ronaldo berhak mendapat pengiktirafan itu kerana beliau merupakan 'simbol Portugal di seluruh dunia, menjadikan negara itu lebih dikenali, selain menjadi contoh ketabahan generasi muda.'

Bintang penyerang Real Madrid dan ketua pasukan bola sepak Portugal itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2008, malah menjadi calon utama untuk meraih anugerah tersebut sekali lagi, tahun ini. Ronaldo juga akan mengetuai Portugal dalam misi memburu Piala Dunia yang akan diadakan di Brazil dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Dia bakal menerima pingat dan reben Order of Prince Henry dalam satu upacara rasmi di kediaman Presiden di Lisbon, Selasa ini. - AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!