Wednesday, January 8, 2014

Pengecas telefon pintar meletup walaupun baru sekali digunakan


Pengecas telefon pintar meletup walaupun baru sekali digunakan | Seorang ibu di Britain mengalami detik-detik mencemaskan apabila alat pengecas telefon pintar miliknya meletup dan serpihan letupan berkenaan hampir mengenai bayinya yang sedang tidur. Ketika menceritakan detik-detik menakutkan itu, Donna Senior berkata, pengecas itu dibeli pada harga 8 pound (RM43) dari sebuah kedai telefon di Stesen Bas Huddersfield, West Yorkshire pada 20 Disember lalu dan dia baru sekali menggunakan alat tersebut, baru-baru ini. Senior berkata, selepas beberapa jam mengecas telefon bimbitnya, dia dan bayinya berusia lima bulan, Ella dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat pada awal pagi. Dia mendapati bahagian atas pengecas itu tercampak dari soket elektrik dan hampir mengenai bayinya yang sedang tidur di dalam bakul bayi. “

Nasib baik serpihan pengecas tersebut terkena pada bakul anak saya. “Kami berdua mungkin boleh terbunuh disebabkan pengecas itu," katanya. Selepas insiden itu, Senior membawa pengecas berkenaan ke kedai terbabit untuk menuntut ganti rugi, namun pekerjanya enggan memenuhi permintaan wanita tersebut dan sebaliknya mahu menggantikan dengan pengecas yang baharu. “Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku pada kami, walaupun saya menerangkan kejadian itu boleh membahayakan nyawa saya dan Bella," katanya.


Malah pengecas jenis Revive A1299 USB masih dijual di kedai berkenaan. Sementara itu, pegawai Perkhidmatan Perdagangan West Yorkshire, Tony Downham berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kes yang berlaku di rumah Senior itu. Downham berkata, beberapa kejadian hampir sama berlaku di London dan tenggara bandar berkenaan sehingga menyebabkan kebakaran rumah. “Pengguna dinasihatkan membeli pengecas asli di kedai yang mempunyai reputasi baik dan mengelakkan diri daripada membeli bahan tiruan," katanya. - AGENSI




.

Remaja 21 tahun jual otak manusia...



Remaja 21 tahun jual otak manusia... | Tindakan seorang remaja berusia 21 tahun menjual otak manusia yang dicuri dari sebuah muzium di Amerika Syarikat (AS) menerusi laman web eBay, ternyata membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa yang menerima laporan daripada pembeli organ itu. David Charles, 21, dari Indianapolis, ditahan pada 16 Disember lalu kerana didakwa memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana sebanyak beberapa kali antara 7 September dan 16 Oktober lalu sebelum mencuri balang mengandungi tisu manusia termasuk sampel otak.

Muzium berkenaan merupakan bekas Pusat Hospital Negeri yang digunakan untuk merawat pesakit metal dan psikiatri dari 1848 hingga 1994 dan kini dijadikan pusat pameran kira-kira 2,000 organ pesakit yang pernah dirawat di situ. Charles ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pembeli organ berkenaan, Brian Kubasco dari San Diego yang berasa curiga terhadap label yang terdapat pada enam balang tisu otak yang dibeli dengan harga AS$670 (RM2,198) termasuk caj penghantaran.

Menurut laporan polis, sehari sebelum ditahan, remaja berkenaan mencuri 60 balang yang mengandungi tisu organ manusia dan kebanyakannya telah dipulangkan semula. Selain mencuri, Charles turut didakwa atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja dan kelengkapan untuk mencuri. Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif muzium, Mary Ellen Hennessey Nottage berkata, kejadian rompakan berkenaan sangat mengejutkan kerana barangan yang disimpan di muzium itu perlu dipelihara untuk kepentingan orang awam. - AGENSI





.

Apa ribuan pemancing buat di Sungai Hwacheon yang membeku?


Apa ribuan pemancing buat di Sungai Hwacheon yang membeku? | Ribuan pemancing Korea Selatan membanjiri Sungai Hwacheon yang membeku di wilayah Gangwon dekat sini bersempena Festival Ikan Trout Gunung Gangwon yang berlangsung sepanjang bulan ini. Setiap pemancing akan membawa keluarga masing-masing ke sungai itu yang terletak di wilayah pertama Korea yang dilanda musim sejuk, bagi menyertai satu daripada festival paling popular di negara ini. Peserta tidak kira tua atau muda akan menggali ais beku sehingga 40 sentimeter sebelum menggunakan joran masing-masing bagi memancing ikan trout sebanyak mungkin. Menurut penganjur, mereka menganggarkan lebih daripada sejuta pemancing akan mengambil bahagian sepanjang tiga minggu karnival tersebut berlangsung.


Bagi memastikan ikan trout tidak berkurangan sepanjang festival itu, penganjur akan menambah kira-kira 32 tan ikan baharu ke dalam Sungai Hwacheon setiap hari. Peserta kemudiannya boleh memasak ikan yang ditangkap mereka di pusat khas yang disediakan berhampiran tapak memancing ataupun boleh dimakan mentah seperti sushi. Festival yang akan berakhir pada 26 Januari itu turut diikuti pelbagai aktiviti lain seperti bola sepak ais, membina patung ais dan luncur salji. Sungai Hwacheon di wilayah Gangwon terletak kira-kira 19 kilometer dari sempadan yang memisahkan sempadan Korea Selatan dan Korea Utara. - AGENSI




.

Khabar terkini Ratu Rock Negara, Ella


Khabar terkini Ratu Rock Negara, Ella | RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga. Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian. “Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah. “Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan. “Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa. “InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya. Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat. “Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat. “Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya. -SH




.

Panas! Pekerja bank tak dibenarkan solat


Panas! Pekerja bank tak dibenarkan solat | Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu. Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut. “Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula. “Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu. “Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja. “Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?,” katanya. -SH




.

Ibu tiri kejam, dera anak tiri dengan sadis.. depan adik beradik dan nenek mangsa..


Ibu tiri kejam, dera anak tiri dengan sadis.. depan adik beradik dan nenek mangsa.. | Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini. -HM




 P/S - Esok kalau didapati bersalah, sila balas perbuatan dia tu kat badan dia, biar dia rasa macam mana sakitnya :(




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!