Tuesday, January 14, 2014

‘Sultan Melaka’ di tahan polis di Jasin, Melaka


‘Sultan Melaka’ di tahan polis di Jasin, Melaka | Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka’ di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu. Selain itu, katanya, apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri berkenaan.

“Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan. “Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini. -BH





.

Kenapa kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan


Kenapa kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan | Niat pengarah serta pelakon, Pierre Andre untuk bergelar bapa pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan. Beliau melahirkan rasa sedih, bagaimanapun Pierre bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi. "Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin.

Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," katanya di sini hari ini. Pierre atau lebih dikenali dengan nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu. Pierre kini sedang sibuk dalam rangka promosi filem terbaharu arahannya, Muka Surat Cinta. - Utusan



.

Leonardo DiCaprio bercerita pengalaman mengerikan


Leonardo DiCaprio bercerita pengalaman mengerikan | BINTANG The Wolf Of Wall Street, Leonardo DiCaprio pernah melalui pengalaman mengerikan apabila hampir menjadi 'santapan' ikan jerung. Kisah ini berlaku ketika pembikinan filem Blood Diamond pada 2006, di mana DiCaprio turut serta dalam usaha memindahkan seekor jerung dari satu akuarium ke akuarium lain. "Biasanya jerung bersikap tenang ketika berada di dalam sangkar pemindahan. Namun begitu, ikan tersebut bertindak agresif menggigit sangkar dan berusaha keluar. Tindakan jerung itu hampir meragut nyawa DiCaprio. “Perkara tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini. Tetapi ikan ini bertindak ganas dengan menggigit dan meronta-ronta,” kata sumber. -AP




.

Pelakon dan pelawak, Johan dedah sebab sebenar dia membotakkan kepalanya



Pelakon dan pelawak, Johan dedah sebab sebenar dia membotakkan kepalanya | Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) yang berada di Tanah Suci Mekah kini sudah membotakkan kepalanya setelah beberapa tahun berimej rambut panjang dan berjambang. Melalui gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram milik isterinya, turut menjelaskan Johan membotakkan rambutnya itu atas sebab peribadi. "Alhamdulilah, ini hasil semalam. Bak kata suami saya, kalau nak botak atau gunting rambut pun biarlah bersebab." Demikian antara yang ditulis oleh Ozlyn Wati yang turut menunaikan umrah bersama suami.

Sebelum berangkat ke Mekah, penyampai radio Era FM ini juga telah memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd. Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan dirinya. Walaupun Johan menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini, Hakim bagaimanapun akan menetapkan jumlah ganti rugi yang harus dibayar pihak defenden pada 23 Januari depan. Dalam kejadian yang berlaku pada Jun 2010, Johan menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu. - Utusan



.

Gambar majlis merisik keluarga Syamsul Yusof untuk Puteri Sarah Liyana


Gambar majlis merisik keluarga Syamsul Yusof untuk Puteri Sarah Liyana | Pengarah dan penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam merestui hajat anaknya, Syamsul Yusof untuk memperisterikan pelakon, Puteri Sarah Liyana. Menurut Yusof, keluarganya telah pun bertemu dengan keluarga Puteri Sarah untuk menunaikan hasrat Syamsul dalam satu majlis merisik yang dilakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara semalam. "Perbincangan telah dilakukan dan kedua-dua pihak memutuskan untuk mengadakan majlis pernikahan sekitar Februari atau Mac ini. Cuma tarikhnya belum ditentukan," katanya.

Syamsul dan Sarah sebelum ini pernah dikaitkan dengan kisah percintaan, namun kedua-duanya memilih untuk menafikan dakwaan tersebut. Hasrat Syamsul untuk berkahwin dengan Sarah dimaklumkan kepada ibu dan ayahnya selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada 28 Disember lalu. Pada majlis merisik yang diadakan secara ringkas itu, isteri Yusof, Datin Patimah Ismail telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!