Monday, January 20, 2014

Petani berjaya kini mencari seorang isteri


Petani berjaya kini mencari seorang isteri | Seorang petani Jerman mengakui hidupnya menjadi tidak keruan sejak menaikkan papan iklan mencari isteri di depan rumahnya di Freiburg. Menurut Roland Geiger, dia dihujani panggilan daripada wanita yang menawarkan diri menjadi pasangannya. Sebelum itu, Geiger menaikkan papan tanda bertulis: “Petani tanpa haiwan peliharaan sedang mencari isteri” tidak menarik perhatian ramai. Namun, sejak berita “pencarian” Geiger dimuatkan dalam akhbar tempatan, jumlah wanita yang berminat tiba-tiba meningkat. Disebabkan keadaan itu, Geiger kini dilaporkan hanya berminat memilih wanita muda sebagai bakal isteri. Geiger memiliki 20 hektar tanah, beberapa traktor dan sebuah rumah tetapi masih gagal menemui cinta sejati. - Agensi




.

Kisah Fathia, pelakon untuk watak Ariana Rose



Kisah Fathia, pelakon untuk watak Ariana Rose | Sebaik saja penulis terpandang wajah wani­ta yang menyambut kedatangan penulis di kediamannya di Shah Alam, Selangor, ternyata Fathia mewarisi kejelitaan ibunya, Badriyah Hassan, 54, yang berdarah campuran Arab dan Melayu. Pelakon itu juga mewarisi keramahan wanita itu yang sejak dari awal pertemuan sehinggalah berakhirnya perbualan dengannya pada petang Khamis lalu dia tidak berhenti bercerita mengenai anak sulung daripada empat beradik itu. Wajah keibuannya juga tidak lekang dengan senyuman. Melihat gambar mereka sekeluarga, Fathia adalah kombinasi orang tuanya.

Dia juga tinggi seperti ayahnya, Abdul Latiff Mohd Tahir, 54. Memulakan bicara, menurut Badriyah sejak kecil Fathia, 27 atau nama penuhnya, Nur Fathia Abdul Latiff memang cenderung meminati bidang seni. “Fathia seorang yang aktif dan ‘happy-go-lucky’ di mana sikap periangnya itu kekal sehingga kini. Saya jarang lihat dia bersedih. Walaupun sudah bergelar pelakon sikapnya tidak pernah berubah dan apabila dia berada di rumah bersama kami, saya dan adik-adiknya tak rasa pun yang dia se­orang bintang atau pelakon

“Sehinggalah kami berjalan ke mana-mana dan ada peminat yang mahu bergambar dengannya barulah saya sedar Fathia adalah milik masyarakat. “Yang jelas sikapnya yang tidak pernah berubah sama ada dengan keluarga, kawan-kawan, saudara mara dan sepupu-sepupu­nya. Dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai insan terkenal dan popular. “Kalau kami mengadakan acara keluarga bersama saudara mara, pasti dia akan jadi MC (pengacara) majlis. Fathia juga pemurah, tidak pernah berkira mengenai wang ringgit. “Walaupun Fathia anak sulung tetapi dia lebih manja dengan saya dan abahnya berbanding adik-adiknya. Dia juga amat rapat dengan Farhana kerana beza usia mereka satu tahun setengah saja. Satu-satu adik lelaki­nya yang bongsu, Mohd Ilham (18 tahun) pula seperti sudah mengambil alih peranan sebagai anak sulung dan dia yang menjaga kakak-kakaknya.

“Fathia mudah mesra dan dia tidak pernah buruk sang­ka dengan orang. Bagi­nya semua orang baik sehingga saya perlu mengingati­nya selalu agar berhati-hati,” katanya. Melanjutkan bicara sambil membelek gambar ketika Fathia dan adik-adiknya, Nur Farhana, 25, Nur Fasiha, 21, dan Ilham masih kecil, jelas Badriyah, sejak di sekolah tadika sehingga dia bersekolah rendah dan mene­ngah Fathia suka mengambil bahagian dalam kebudayaan dan persembahan sekolah. “Kalau ada persembahan di sekolah dia orang pertama akan menawarkan diri. Barangkali tak ramai yang tahu sebenarnya Fathia suka menyanyi dan sebab itu saya tak sangka dia akan jadi pelakon. “Dia selalu mengambil bahagian dalam pertandingan menyanyi di Shah Alam dan menang. Kalau kami sekeluarga pergi ke mana-mana, sepanjang perjalanan dalam kereta dia akan menyanyi dan adik-adiknya akan menjadi suara latar.

“Fathia mewarisi minat abahnya yang suka pada seni. Ketika saya dan suami menuntut di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) abahnya suka bermain muzik. “Meskipun kami memahami minatnya terhadap dunia seni, kami mahu dia tamatkan pengajiannya dalam jurusan Undang-Undang di UiTM, Shah Alam kerana dia perlukan kekuatan akademi untuk membentuk masa depan yang lebih terjamin. “Dia juga berjanji akan mengutamakan pengajiannya dan Insyaa-Allah dia akan tamat pada penghujung tahun ini. Tidak selamanya dia akan berlakon dan sebab itulah kami mahu dia berjaya dalam pelajaran,” katanya.



Mampu belajar, hafal skrip serentak 

Cerita Badriyah lagi kadang dia kasihan melihat anak sulungnya itu yang terpaksa terkejar ke sana ke mari antara pelajaran dan lakonan. “Dia baru saja selesai menduduki peperiksaan semester dan pada masa sama sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Ariana Rose. Dia tiba di rumah sudah lewat malam, belum sempat berehat dia terus ‘study’ dan undang-undang adalah subjek yang agar sukar. Saya pun pelik macam mana dia nak hafal skrip dan mengingati pelajarannya. “Untuk menghilang mengantuknya dia akan bertemankan secawan Nescafe panas dan coklat, dia akan belajar sampai pagi. Adakala dia akan panggil kawan-kawannya datang ke rumah menemaninya belajar, ada yang jadi pensyarah tak bertauliah menerangkan setiap subjek kepadanya agar mudah untuk diingati.

“Fathia juga bernasib baik kerana Farhana turut belajar undang-undang di UiTM, Shah Alam, jadi mereka boleh berbincang subjek yang sama,” katanya. Manakala Fasiha pula sedang melanjutkan pengajiannya di Ireland dalam jurusan perubatan. Badriyah selalu bertanya kepada Fathia, tidakkah dia penat dengan situasinya sebagai pelajar dan pelakon. Jawabnya ‘tidak’ kerana dia berlakon kerana minat dan apabila dia buat perkara yang disukai, rasa penat lenyap begitu saja. “Ada juga dia mengajak saya dan Farhana menemaninya di lokasi, tetapi saya tak sanggup berada lama-lama di set.

“Setiap kali dramanya ditayangkan dia mahu kami sekeluarga menonton dan memberi komen. Kalau dia bawa watak ceria, itulah diri Fathia yang sebenarnya apabila di luar lokasi,” katanya. Cerita Badriyah lagi, sejak kecil juga Fathia pandai bergaya dan suka bergambar. Dia juga anak dan kakak yang bertanggungjawab serta melindungi mereka. “Bakat lakonannya mula jadi perhatian ketika dia berlakon dalam iklan Sunsilk pada usianya 21 tahun dan kemudian dia ditawarkan watak dalam drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia. Saya dan suami ‘melepaskan’ dia berlakon dengan syarat dia mesti tamatkan pengajian­nya.

“Dalam perkara ini ayahnya tidak melarang dan tidak juga menggalakkan sangat,” katanya. Apabila merelakan diri menjadi anak seni, populariti yang hadir boleh membuatkan yang empunya diri tidak lena tidur dan keluarga turut terkena tempiasnya apatah sebagai ibu yang melahirkannya setiap cerita buruk pasti melukakan hatinya. “Saya kena terima kerana gosip sudah menjadi asam garam dalam hidup artis dan atas dasar itu juga saya selalu mengingatkannya supaya berhati-hati. Saya sering mendoakan kejayaan dan keselamatannya,” katanya. Menyentuh hubungan Fathia dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, menurut Badriyah dia terima siapa saja yang menjadi pilihan anaknya. “Setiap ibu pasti mahu anak-anaknya hidup bahagia dan siapa saja jodohnya nanti, saya merestuinya,” katanya. -HM




.

Isteri Ally Iskandar, Farah Lee sahkan kehamilan



Isteri Ally Iskandar, Farah Lee sahkan kehamilan | Tahun 2014 nampaknya bermula dengan baik untuk kebanyakan selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan dan kehamilan. Terbaru, isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah pun berkongsi kehamilan anak pertamanya yang telah pun memasuki 12 minggu. Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar.Farah Lee turut berkongsi mengenai keguguran kandungan pertamanya pada 15 April 2013. Ketika itu kandungannya berusia kira-kira 7 minggu. Berikut ialah status Facebook yang telah ditulis oleh Farah Lee mengumumkan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka suami isteri:-

Significant 2 on 200112. Ulangtahun ke-2 ‘Aku Terima Nikahnya’ and we celebrate this year anniversary together with 12 weeks old lil caliph in my bump. Our 2nd baby after my miscarriage on 150413 of 7 weeks old lil boo. Feeling blessed with all those ‘gula’ and ‘garam’ during these 2 blissful years alhamdulillah

Tahniah sekali lagi buat Farah Lee dan Ally Iskandar. Jangan buat kerja berat-berat. Banyakkan berehat. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar. Tak sabar nak menatap wajah si comel kelak. Pasti cute seperti mak ayahnya. -Beautifulnara





.

Presiden AS, Barack Obama bakal bercerai dengan isteri Michelle Obama?



Presiden AS, Barack Obama bakal bercerai dengan isteri Michelle Obama? | Rumah tangga Presiden AS, Barack Obama didakwa bergolak beberapa kali gara-gara dia disyaki menjalin hubungan dengan wanita lain. Malah, beberapa pihak percaya Obama akan bercerai dengan isterinya, Michelle. Sumber berkata, Michelle mengesyaki Obama mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Bekas editor The New York Times, Edward Klein berkata, Obama dan Michelle kini di ambang perceraian. Kenyataan itu dibuat Klein melalui bukunya, The Amateur. Khabar itu bukanlah berita baru kerana pada 2000 Michelle dilaporkan pernah menulis surat tuntutan cerai selepas Obama gagal memenangi kerusi senat Illinois di Chicago. Kata Klein, ketika itu Michelle muak dengan Obama yang tidak mengendahkan peringatannya agar tak bertanding menentang penyandang Bobby Rush.

“Ketika mereka berada di tahun ke lapan perkahwinan, Obama kelihatan tertekan kerana menghadapi banyak masalah dengan Michelle. “Pada satu ketika rakan terdekat Obama bimbang dia akan membunuh diri kerana berdepan kekalahan memalukan itu, selain berdepan hutang,” katanya. Bagaimanapun, kata Klein, Obama akhirnya berjaya melepas kegawatan rumah tangga itu dan hubungannya dengan Michelle kembali kukuh.Kata Klein, hubungan pasangan suami isteri itu juga semakin dekat dengan anak mereka, Malia, 13, dan Sasha, 9. Namun, dugaan sekali lagi datang. Klein berkata, Obama berdepan kemungkinan bercerai pada 2012 apabila Michelle - yang tidak mempercayai Obama - mencurigai wanita yang ada di sekeliling presiden itu. “Michelle sering menyemak aktiviti harian Obama kerana wanita itu dibayangi skandal presiden terdahulu, seperti John F Kennedy,” katanya. - Agensi





.

CINTAKU 100% - NOZI DANISYA




CINTAKU 100% -  NOZI DANISYA | Novel ini mengisahkan mengenai Cassandra seorang gadis free thinker (tidak beragama), didatangi mimpi aneh berulang kali, dan dalam pencarian mengetahui maksud sebenar mimpi itu, dia menemui seorang wanita muslim bernama Soleha yang bijak memperkenalkannya dengan agama islam. Tanpa paksaan, dan dengan rela hati dia mendalami agama islam, yang dirasakannya sebagai agama yang sangat memikat hatinya. Dalam diam juga dia jatuh hati dengan seorang lelaki islam, yang rupanya kebetulan juga merupakan suami Soleha.

Dugaan hidup Soleha, yang menghidap penyakit serius, membuatkan Soleha dengan rela hati melamar Cassandra sebagai isteri kedua suami sendiri. Baginya, tidak ada wanita yang lebih sesuai buat suaminya melainkan Cassandra. Ya, Cassandra benar-benar terpikat dengan lelaki itu, namun perjalanan hidupnya menjadi isteri kedua dan seorang wanita muslim, bukannya mudah, apatah lagi keluarganya menentang penghijrahan itu. Malah cinta si suami buat isteri pertama begitu utuh. Mampukah Cassandra menghadapi dugaan ini, dan meraih cinta si suami?



Tajuk : Cintaku 100%
Penulis : Nozi Danisya
Halaman : 470 muka surat
Harga : RM20/RM23





.

Alat curi talian WiFi buatan Taiwan dan China


Alat curi talian WiFi buatan Taiwan dan China | Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu. Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online. Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan. Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan. -MD




.

Tahniah : Ustaz Don timang cahaya mata pertama


Tahniah : Ustaz Don timang cahaya mata pertama | PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa. Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya. Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram. "Assalamualaikum semua... Alhamdulillah. "Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini. Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012. Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini. "Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari. "Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami...Alhamdulillah syukur," tulisnya lagi. Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana. -SH




.

Hakikat Rakyat Buang 30,000 Tan Sampah Setiap Hari.. Sedar kah kita?



Hakikat Rakyat Buang 30,000 Tan Sampah Setiap Hari | Penduduk di negara ini dianggar membuang sehingga 33,000 tan metrik sampah setiap hari, menjurus kepada RM1.2 bilion dibelanjakan untuk kerja pengutipan sampah tahun lepas. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DatukHalimah Mohd Sadique berkata, angka itu pada asalnya menjadi jangkaan bagi 2020,namun ia berlaku tujuh tahun lebih awal. Katanya, di bandar besar seperti Kuala Lumpur, purata jumlah sampah yang dibuang seorang individu ialah 1.25 kilogram (kg) sehari tahun lepas. Bagi purata keseluruhan penduduk pula, 0.8kg sampah dihasilkan seorang individu sehari. "Sekarang ini memang kritikal sebab setiap individu secara purata hanya boleh membuang sekitar 0.8kg sampah sahaja, tidak boleh lebih," katanya.

 Halimah berkata, jumlah sampah yang semakin meningkat akan memberi kesan kepada kos menguruskan sisa pepejal berikutan kawasan pelupusan sampah yang semakin terhad sedangkan sisa bahan buangan semakin banyak. Beliau menarik perhatian bahawa amalan pengurusan sampah oleh penduduk juga rendah apabila hanya 10 peratus sampah dikitar semula. "Pada 2020, kita menjangkakan sampah kitar semula akan meningkat kepada 22 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan tidak bercadang mengenakan sebarang denda atau penguatkuasaan lebih ketat seperti negara lain kepada individu yang membuang sampah merata-rata. "Memberi kesedaran terhadap amalan betul dalam menguruskan sampah dan gaya hidup harian yang mengutamakan kebersihan adalah lebih penting," katanya. Kempen kebersihan anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam itu diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya tidak membuang sampah merata-rata dari kenderaan mereka. Program secara berterusan itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!