Monday, February 10, 2014

Tahukah anda.. Bukan normal jika bayi tidak bergerak



Tahukah anda.. Bukan normal jika bayi tidak bergerak | Tidak normal bagi seorang bayi atau kanak-kanak berada dalam keadaan pasif dalam tempoh beberapa jam kecuali mereka mempunyai masalah kesihatan atau sememangnya dilatih supaya diam dan tidak aktif ketika berada di luar rumah. Pakar Perubatan Kanak-Kanak Dr Yong Junina Fadzil berkata, ini kerana kanak-kanak pada umur satu hingga lima tahun bersifat ingin tahu, aktif, suka bergerak ke sana sini dan meneroka perkara baru. “Sukar untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur ini duduk diam dalam tempoh lama, paling lama mereka boleh bertahan mungkin satu jam saja, itu pun jika dia dilatih untuk berbuat demikian.

“Namun, selepas tempoh itu biasanya mereka perlu melakukan aktiviti kegemaran, sama ada melukis, menconteng atau bermain,” katanya. Bagaimanapun, Dr Yong Junina berkata, terdapat juga kemungkinan bayi atau kanak-kanak terbabit takut dengan keadaan persekitaran dan menyebabkan mereka lebih suka berdiam diri. Katanya, kesan pemberian ubat batuk terhadap seseorang individu kanak-kanak juga berbeza di mana sesetengah daripada mereka boleh tidur dalam tempoh lama. -HM




.

Wanita itu dikecam kerana menyusukan anak anjing



Wanita itu dikecam kerana menyusukan anak anjing | Seorang wanita sanggup memberi susu badannya kepada seekor anak anjing yang hampir mati akibat enggan makan. Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak sampai hati melihat anak anjing itu terlalu lemah kerana enggan makan. “Melihat keadaannya saya rasa seolah-olah anjing itu akan mati dalam sejam jika tidak makan kerana terlalu lemah dan tidak mampu bergerak. “Saya tidak tahu apa lagi nak buat. Rasanya tidak sanggup nak duduk saja dan melihat anjing itu mati perlahan-lahan,” katanya kepada rangkaian berita tempatan KRDO-TV.

Menurutnya, haiwan itu yang paling kecil dalam sekumpulan anak anjing yang ditemuinya. Wanita itu yang mempunyai anak perempuan berusia 15 bulan mengakui rasa ‘pelik’ ketika pertama kali membiarkan anak anjing itu menyusu badannya. Namun dia tidak menyesali perbuatannya itu kerana yakin haiwan berkenaan pasti mati jika tidak mendapat susu. Malah, anak anjing itu kini semakin sihat dan tidak lagi perlukan susunya.

Menurut KRDO, gambar wanita itu menyusukan anak anjing itu disebarkan di Internet selepas dia menyiarkan gambar di laman Facebook miliknya menjelaskan alasannya berbuat demikian. Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakannya, ada juga yang memujinya. “Saya rasa dia sangat hebat kerana sanggup membantu seekor anak anjing yang lemah,” kata seorang pengguna Internet di laman web KRDO. -AP




.

Baru dua hari kenal, dah kena cabul..



Baru dua hari kenal, dah kena cabul.. | Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari. Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan. Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat. Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. “Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan,” katanya. - SH





.

Pelancong wanita warga Jerman maut terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu


Pelancong wanita warga Jerman maut terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu | Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi. Mangsa berusia 22 tahun kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon dan dijangka tiba jam 2 petang. Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan. -HM




.

Inilah Video Klip Penyanyi Shakira yang memancing kemarahan peminatnya


Inilah Video Klip Penyanyi Shakira yang memancing kemarahan peminatnya | Video klip terbaru penyanyi cantik Shakira memancing kemarahan para peminatnya di negara-negara Arab. Dalam video tersebut, Shakira yang berduet dengan Rihanna dianggap mempromosikan lesbian. Dalam single barunya berjudul "Can't Remember to Forget you", Shakira bersama dengan Rihanna. Namun, sebagian besar peminatnya di Arab menganggap video tersebut agak keterlaluan. Shakira dikutuk ramai peminatnya di media sosial, kerana dianggap mempromosikan lesbian dengan Rihanna dalam video tersebut.


Peminat Shakira di Arab secara online menyampaikan rasa tekejut mereka di Twitter. Shakira merupakan seorang seniman keturunan Lebanon. Datuknya yang berdarah Lebanon bermigrasi ke New York, tempat kelahiran ayahnya. Dalam sebuah wawancara tahun lalu, Shakira mengakui dirinya merupakan percampuran etnik budaya. Ayahnya menurut Shakira keturunan Lebanon dan ibunya berdarah Sepanyol. Shakira mengakui menyukai tarian Arab dan muzik Amerika. -AP





.

(Gambar) Selepas diaibkan 5-1 oleh Liverpool di Stadium Anfield, pengurus Arsenal jatuh dan sakit pinggang


(Gambar) Selepas diaibkan 5-1 oleh Liverpool di Stadium Anfield, pengurus Arsenal jatuh dan sakit pinggang | Pengurus Arsenal, Arsenal Arsene Wenger dikhabarkan jatuh ketika berjalan di Stadium Anfield. Peristiwa itu terjadi selepas Arsenal diaibkan oleh Liverpool dengan jaringan, 5-1. Sebelum jatuh, dari foto yang disiarkan sebuah akhbar tempatan England, Wenger kelihatan bergegas.


Dengan membawa beg kecil di tangan kanan, dan travel bag di tangan kiri, Wenger tiba-tiba jatuh ketika memasuki pintu stesen Liverpool Lime Street. Nasib baik, petugas stesen sentiasa bersedia. Mereka membantu Wenger bangun.





Wenger dengan mimik muka kesakitan, sambil memegang pinggang sebelah kiri ketika dibantu petugas untuk berdiri kembali. Sebelumnya, Liverpool berjaya meraih tiga mata penuh, dengan jaringan 5-1 ketika berhadapan dengan pendahulu liga itu, Arsenal. Kemenangan ini membuatkan Arsenal jatuh ketangga ketiga liga. -AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!