Wednesday, February 19, 2014

Bayi enam hari digigit seekor anjing dirumahnya sehingga mati



Bayi enam hari digigit seekor anjing dirumahnya sehingga mati | Seorang bayi perempuan berusia enam hari digigit seekor anjing dari spesies Alaskan Malamute dirumahnya sehingga mati. Sharon John dan anak perempuannya, Eliza-Mae Mullane baru sahaja pulang dari hospital sebelum tragedi itu berlaku. Bayi tersebut yang merupakan mangsa termuda dalam insiden diserang anjing di Britain, diletakkan dibawah jagaan rapi selepas dilahirkan, kata seorang rakan keluarga mangsa. Polis merampas anjing milik keluarga tersebut selepas insiden yang berlaku di perkampungan Pontyberem, Camarthenshire.

Jiran mangsa, Patricia Punter berkata, Sharon, 42, berlari ke rumahnya dalam keadaan buntu untuk meminta pertolongan. "Insiden ini amat menakutkan. Saya tidak pernah terdengar insiden seperti ini," kata Patricia. Anjing tersebut yang diberi nama Nisha dan berusia lima atau enam tahun itu didakwa dibawa pulang oleh bapa Eliza-Mae, Patric Mullane, 35, dari sebuah pub. -AP




.

Cubaan bunuh diri dengan terjun dalam kandang 2 ekor harimau


Cubaan bunuh diri dengan terjun dalam kandang 2 ekor harimau | Seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan mengejutkan pengunjung sebuah zoo di Chengdu, wilayah Sichuan, barat daya China apabila bertindak terjun ke dalam kandang yang menempatkan dua ekor harimau kerana cuba untuk membunuh diri. Menurut The Daily Mail, lelaki itu yang dikenali sebagai Yang Jinhai dikatakan tidak gembira dengan pekerjaannya sehingga memaksa dia untuk bertindak di luar kawalan. Namun, Yang bernasib baik apabila dua ekor harimau Bengal itu tidak lapar dan hanya bertindak mencakar mangsa sebelum dia berjaya ditarik keluar dengan selamat.

"Dia memanjat luar sangkar dan melompat ke dalam kandang tanpa dijangka. Saya merasakan harimau tersebut akan membahamnya," kata seorang saksi, Feng Lin. Feng berkata, sebaliknya dua ekor harimau tersebut kelihatan takut lalu melarikan diri. Yang sekadar mengalami luka kecil sebelum kakitangan di zoo terbabit menembak pelali ke badan salah seekor harimau itu. Mangsa kemudiannya dibawa untuk menjalani rawatan psikiatri. -AP




.

Kerana wang, isteri sembunyikan kematian suami selama 4 tahun


Kerana wang, isteri sembunyikan kematian suami selama 4 tahun | Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu. Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun. Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan. Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah. Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.” Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan. -AP




.

Misteri sungai di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir



Misteri sungai di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir | Sebatang sungai di Yorkshire Barat di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir melanda kawasan berkenaan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam. Agensi Alam Sekitar Britain memberitahu, fenomena yang berlaku di Sungai Holme itu berpunca daripada satu bahan semula jadi yang terdapat di sebuah lombong lama sebelum mengalir ke dalam sungai berkenaan. Bahan semula jadi yang dikenali sebagai ferum oksida itu bercampur dengan mineral lain di dalam air sungai menyebabkan ia bertukar menjadi jingga.


Bagaimanapun, perubahan warna akibat campuran mineral berkenaan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan hidupan di dalam sungai tersebut. Hujan lebat di kawasan berbukit menyebabkan air banjir mengalir melalui sebuah lombong dan masuk ke dalam sungai. Lombong lama tersebut sering menjadi punca kepada masalah banjir di kawasan perkampungan Jackson Bridge di sini. Kejadian seperti itu bukan yang pertama kali berlaku kerana sungai tersebut pernah bertukar warna menjadi coklat pada Oktober tahun lalu. - Agensi




.

Misteri budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir



Misteri budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir | Seorang budak lelaki berusia empat tahun ditemui berjalan sendirian di tengah padang pasir di Syria selepas terpisah daripada keluarganya ketika melarikan diri daripada perang saudara di negara mereka. Pekerja bantuan terserempak dengan Marwan berhampiran sempadan di Syria dan Jordan. Dia mengenakan baju Nike merah, jaket serta berseluar panjang, dan membawa sebuah beg plastik merah yang diisi dengan barang-barangnya. Gambar menyayat hati yang dirakamkan pada Ahad lalu oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Andrew Harper merakamkan saat pekerja PBB bertemu budak lelaki terbabit yang bersendirian. Tidak dapat dipastikan bagaimana dia terpisah daripada keluarganya ketika mereka melarikan diri dari perang yang melanda Syria dan menyebabkan berjuta penduduk lain hilang tempat tinggal.


Bertemu ibunya semula 

“Sekadar memaklumkan kepada anda Marwan selamat bertemu semula (dengan) ibunya sebaik saja selepas dibawa merentasi sempadan Jordan,” kata wakil pesuruhjaya tinggi bagi pelarian PBB di Jordan, Harper, yang menulis di Twitter. Nota terbabit adalah berikutan rakaman gambar yang menunjukkan seorang pekerja bantuan membawa seorang budak lelaki, manakala pekerja lain datang memberi bantuan kepada budak lelaki itu. Marwan adalah antara wajah kesengsaraan di Syria yang membabitkan lebih satu juta kanak-kanak dengan 425,000 daripadanya berusia di bawah lima tahun hilang tempat tinggal.

“Perjalanan merentasi padang pasir boleh mengambil masa sehari atau beberapa minggu,” kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic. “Ia amat berbahaya kerana masih ada peperangan berterusan dan di tengah musim sejuk jadi ia mungkin terlalu sejuk pada waktu malam. “Perjalanan berkenaan amat panjang dan meletihkan, jadi mustahil bagi seorang kanak-kanak berusia empat tahun merentasi padang pasir bersendirian. Kami rasa Marwan mungkin sesat ketika tengah malam. Sehingga kini kami belum mengetahui apa-apa.” - AGENSI




.

Wanita belasah majikan kerana berang diberhentikan kerja



Wanita belasah majikan kerana berang diberhentikan kerja | Bagaikan aksi gusti apabila seorang penyambut tetamu wanita ‘naik angin’ membelasah serta mengheret majikannya, juga seorang wanita, gara-gara berang diberhentikan kerja di sebuah resort di Jalan Haji Busu, Batu Burok, di sini, Rabu lalu. Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang apabila wanita berusia 29 tahun itu memanggil wanita berusia 20-an, datang ke pejabatnya untuk memberi notis berhenti kerja kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan kualiti kerja wanita itu. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka, leher dan badan mengambil keputusan membuat laporan polis. -HM



P/S - Sekadar gambar hiasan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!