Saturday, February 22, 2014

Penyelidik yakin sumber probiotik dari najis bayi dikatakan bakteria sihat untuk badan



Penyelidik yakin sumber probiotik dari najis bayi dikatakan bakteria sihat untuk badan | Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan. Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofré berkata, bakteria probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

 “Kami mengambil sampel najis 43 bayi sehingga berumur enam bulan. Najis itu digunakan untuk membuat sosej dipanggil ‘fuet’ atau ‘chorizo’” katanya. Beliau berkata, keputusan daripada kajian itu, kumpulan penyelidik dapat menghasilkan sosej berkualiti tinggi dengan kandungan probiotik terbaik. “Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,” katanya laporan dipetik dari DailyMail.



.

Kesemua Mayat Remaja Lemas Di Sungai Muar Berjaya Ditemui



Kesemua Mayat Remaja Lemas Di Sungai Muar Berjaya Ditemui  | Kesemua mangsa lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap, dekat sini ditemui apabila tiga lagi mayat dijumpai pada kira-kira pukul 2.45 petang Sabtu. Tiga mayat itu ialah Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izoan Hakimis Amin, 13 dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, ditemui serentak pada kira-kira jam 2.45 petang. Mayat dua lagi remaja, Mohd Nazreen Zainal, 14, ditemui sekitar pukul 1.45 petang manakala Mohd Shafiq Md Shukor, 16, ditemui kira-kira 10 minit kemudian. Lapan remaja dilaporkan hilang pada Jumaat selepas salah seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam sungai dan selebihnya mahu menyelamatkannya. Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berjaya menemui tiga mayat pada hari kejadian. -Bernama





.

Pemain beregu badminton negara, Koo Kien Keat tinggalkan BAM bermula 1 mac ini


Pemain beregu badminton negara, Koo Kien Keat tinggalkan BAM bermula 1 mac ini | Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus-menerus menerima tamparan hebat apabila pemain beregu lelaki, Koo Kien Keat menghantar surat untuk meninggalkan skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Mac ini. Kien Keat yang sebelum ini dibekukan daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa bersama pasangannya Tan Boon Heong akibat prestasi buruk di sejak kebelakangan ini, terutama semasa Siri Super Premier Terbuka Malaysia bulan lepas, telah menghantar surat untuk keluar dari pasukan kebangsaan semalam di pejabat BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Mohamad Norza Zakaria semalam, namun beliau tidak mengetahui butiran terperinci surat tersebut.

Katanya, hasrat Kien Keat itu akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu depan. "Saya tidak tahu secara terperinci kandungan surat tersebut, tetapi saya diberitahu bahawa Kien Keat menghantarnya tadi (semalam). Kami akan membincangkan semula tentang surat yang dihantar Kien Keat dan juga hala tuju pasangannya (Boon Heong) dalam satu mesyuarat hujung bulan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. Kien Keat baru sahaja menyambung latihan bersama skuad kebangsaan minggu ini selepas diberi pelepasan oleh BAM sebelum Tahun Baharu Cina kerana perlu menjalani rawatan laser di bahagian mata yang dijangkiti kuman. "Kami (BAM) telah menerima surat berkenaan tetapi mengenai langkah seterusnya akan dibincangkan kemudian dalam mesyuarat nanti. Jadi sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyurat tersebut.

"Mesyuarat tersebut akan membincangkan sama ada kami akan pujuk dia semula atau sebaliknya. Keputusan kali ini juga akan dilihat dari segi prestasinya sebelum ini dan ujian yang dilakukan oleh Institut Sukan Negara (ISN) baru-baru ini terhadap semua pemain badminton negara. Saya akan menyerahkan laporan ISN itu kepada Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff," katanya. Prestasi dan gandingan pasangan yang menduduki ranking nombor tujuh dunia itu sebelum ini dipersoalkan banyak pihak termasuk media, kerana dilihat sudah tidak mampu lagi menunjukkan persembahan terbaik sejak memenangi gelaran utama terakhir pada 2010 di Terbuka Malaysia. BAM telah banyak kali didesak supaya memecahkan beregu utama negara itu, terutama selepas mereka gagal membawa pulang sebarang pingat dari Sukan Olimpik 2012 di London.

Desakan tersebut semakin kuat selepas Kien Keat-Boon Heong menunjukkan prestasi buruk dalam kejohanan berpasukan campuran, Piala Sudirman, Mei tahun lalu apabila diaibkan oleh pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin dan pada Terbuka Indonesia sebulan kemudian mereka ditunjukkan jalan keluar oleh beregu tuan rumah, Alvent Yulianto Chandra-Markis Kido di pusingan kedua. Kien Keat-Boon Heong pernah bertemu Tengku Mahaleel sejurus digugurkan daripada skuad ke Terbuka Jepun tahun lepas sekali gus mencetus tanda tanya apakah pasangan itu sedia dipecahkan atau mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, pasangan yang mula digandingkan sejak 2006, itu diberi ‘talian hayat’ oleh BAM hingga akhir tahun lepas untuk membuktikan gandingan mereka masih relevan tetapi gagal membalas kepercayaan badan kebangsaan itu. Prestasi buruk ketika Terbuka Malaysia, apabila tersingkir di pusingan pertama, bulan lepas tidak mendorong BAM memisahkan beregu lelaki utama negara itu, sebaliknya mereka hanya dibekukan daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa tetapi meneruskan latihan seperti biasa. -Utusan





.

INFO : 10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp


INFO : 10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp | Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan. "Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook. Berikut adalah 10 fakta menarik tentang WhatsApp:








 -Awani




.

[Sinopsis] Drama Sesuci Cintamu menemukan pelakon Nelydia Senrose dan Mah Kit Wai


[Sinopsis] Drama Sesuci Cintamu menemukan pelakon Nelydia Senrose dan Mah Kit Wai | PERBEZAAN agama dan bangsa tidak pernah membataskan rasa cinta dan sayang yang diciptakan ALLAH untuk hamba-Nya. Meskipun terhalang dek keluarga jika sudah jodoh tetap bertemu biar pun jarak memisahkan. Menggandingkan pelakon Nelydia Senrose dan Mah Kit Wai, drama bertajuk Sesuci Cintamu disiarkan TV1 mengisi slot Panggung 1 pada 3 Mac depan, jam 2 petang turut dibintangi oleh Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin, Syawal dan Shakila oriri. Drama arahan Harris Fadzillah ini bermula di mana Aisyah, seorang penuntut tahun akhir universiti yang mempunyai latar belakang keluarga yang begitu prihatin berkenaan pengisian Islam menerima undangan makan daripada rakan seuniversiti iaitu Jason Chong yang telah lama meminatinya. Aisyah tanpa pengetahuan ibu bapanya menerima undangan keluar makan bersama Chong dengan syarat ia ditemani oleh sepupunya yang juga kawan rapatnya di universiti yang sama.

Perjumpaan itu membibitkan perasaan yang lebih mendalam di antara mereka tambahan pula Chong merasakan keunikan keperibadian Aisyah berbanding dengan remaja wanita lain yang pernah ditemuinya. Chong dan Aisyah sering berhubung melalui Internet. Dalam diam Aisyah yang tertarik dengan Chong cuba sedaya upaya untuk tidak menampilkan perasaan itu kerana tahu hubungan mereka tidak akan dipersetujui ibu bapanya terutama sekali bapanya, Haji Shafie. Haji Shafie juga sebenarnya telah berura-ura untuk menjodohkan Aisyah dengan Azman, anak kepada saudara jauh mereka, Haji Misnin. Untuk memastikan Chong keluar daripada hidup anaknya, Haji Shafie berjumpa Chong dan menyatakan perkara sama. Tuan Haji Shafie yang berprasangka buruk terhadap Chong agak terkedu apabila melihat keperibadian Chong yang baik.

Chong bagaimanapun akur menerima permintaan Tuan Haji Shafie dan memahami maksud di sebalik permintaan untuk melupakan Aisyah. Aisyah yang tidak tahu tentang perjumpaan bapanya dengan Chong pula merasakan seperti Chong meninggalkannya dalam dilema dan tidak sanggup menyahut cabaran cinta mereka. Malang tidak berbau, tidak lama selepas itu, Aisyah mengalami kemalangan dan akibatnya sebahagian dari urat sarafnya yang terluka di bahagian trakea, Aisyah tidak boleh lagi bersuara. Hampir dua tahun berlalu, Aisyah masih belum pulih. Ibunya memberitahunya yang Chong telah kembali ke tanah air tetapi Aisyah hanya menangis apabila mendengar berita tersebut. Satu pagi yang indah, loceng rumah Aisyah berbunyi. Ibunya tergesa-gesa membuka pintu dan alangkah terkejutnya Aisyah apabila Chong muncul bersama ibunya dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Lalu masihkah ada jodoh di antara mereka? -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!