Monday, March 3, 2014

Artis terkenal Korea ini ada video terlarang



Artis terkenal Korea ini ada video terlarang | ADA cerita menarik mengenai G-Dragon Big Bang apabila sebuah video lama tersebar meluas sewaktu dia terlibat dengan sebuah drama muzikal. Difahamkan, video tersebut dirakam ketika G-Dragon terlibat dengan drama muzikal berjudul Kota Urine yang merupakan projek akhir di National Middle School of Traditional Arts. Tersebar dengan judul 'Video Terlarang G-Dragon' sejak 25 Februari lalu, ternyata ia menjadi perhatian ramai peminatnya.

 Bukan video porno, sebaliknya ia memperlihatkan aksi G-Dragon mengenakan solekan tebal dengan gaya yang sangat melucukan. Pastinya agak pelik bagi artis sepertinya yang selama ini sangat mementingkan fesyen dan penampilan. “Saya tak akan membiarkan orang terus menyebarkan video tersebut,” katanya dengan nada bergurau. -AP



.

Gambar pesawat terpanjang di dunia


Gambar pesawat terpanjang di dunia | Sebuah kapal udara, HAV304 sepanjang kira-kira 91.44 meter diiktiraf sebagai pesawat paling panjang di dunia, menewaskan pesawat Antonov An-2225 yang sebelum ini merupakan pesawat paling panjang pernah dibina. HAV304 mempunyai panjang lebih lapan meter daripada pesawat Antonov An-2225. Tarikan kapal udara ini bukan sahaja terletak kepada panjangnya tetapi juga pada teknologinya kerana pesawat HAV304 merupakan kapal udara hibrid pertama di dunia. HAV304 dibina oleh syarikat Hybrid Air Vehicles dan pertama kali diperkenalkan melalui projek hijau Amerika Syarikat (AS) yang menerima geran berjumlah 2.5 juta pound (RM13.71 juta) daripada kerajaan United Kingdom.


 Kapal udara gergasi itu yang mampu mencapai kelajuan 100 kpj dan boleh berada di udara selama kira-kira tiga minggu, kini dipamerkan di Cardington, Bedfordshire. Pesawat itu juga mampu menjalankan misi menghantar bantuan kemanusiaan, pemantauan dan komunikasi. HAV304 tidak memerlukan landasan untuk berlepas dan dipercayai lebih mesra alam berbanding kapal kargo. Penyanyi utama kumpulan rock Iron Maiden, Bruce Dickinson merupakan seorang daripada pelabur dalam pembinaan pesawat tersebut. - AGENSI




.

Filem paling buruk bagi tahun 2013



Filem paling buruk bagi tahun 2013 | Filem bajet besar yang gagal mendapat sambutan After Earth dan filem komedi Movie 43 mengungguli Anugerah Razzie atau sebuah anugerah bagi filem terburuk di Hollywood sepanjang tahun lalu. After Earth yang dibintangi Will Smith dan anaknya Jaden mendapat tiga Anugerah Razzie bagi kategori pelakon terburuk (Jaden); pelakon pembantu terburuk (Smith) dan gabungan lakonan paling buruk bagi filem yang menampilkan dua beranak itu. Skrip Filem yang menelan belanja sebanyak AS$130 juta (RM 426 juta) itu dan diarahkan oleh M. Night Shyamalan merupakan filem paling hambar terbitan Columbia Pictures dengan hanya mendapat kutipan tiket sebanyak AS$60 juta (RM 196 juta) bagi tayangan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.


Dalam pada itu, Movie 43, yang menampilkan 16 filem pendek dan dibintangi beberapa pelakon terkemuka termasuk Halle Berry, Kate Winslet dan Hugh Jackman memenangi anugerah bagi kategori gambar paling buruk, skrin layar paling buruk, daripada 19 penulis skrip lakon layar dan pengarah paling buruk daripada 13 pembuat filem. Bagaimanapun, Adam Sandler, pelakon yang disebut-sebut untuk memenangi banyak anugerah selepas mendapat tujuh pencalonan pulang dengan tangan kosong. Sementara itu, kategori aktres terburuk bagi Anugerah Razzie pada tahun ini dimenangi pelakon yang biasa menerima anugerah itu, Tyler Perry. -AP




.

Penemuan pelik pada dada mumia yang berusia 3,500 tahun



Penemuan pelik pada dada mumia yang berusia 3,500 tahun | PENYELIDIK mendakwa mereka telah menemui keju tertua di dunia pada sekitar dada mumia yang berusia 3,500 tahun di barat laut China. Pakar kimia di Institut Biologi Molekul, Sel dan Genetik Max Planck mendapati keju bebas laktosa tersebut berasal dari tahun 1,615 sebelum Masihi. Sementara itu, penganalisis kimia, Andrej Shevchenko memaklumkan penemuan pelik itu menjadi bukti kepada teknologi pembuatan makanan pada Zaman Gangsa di Asia.

"Kaedah membuat keju mungkin murah ketika itu dan ia mampu dihasilkan semua golongan penduduk," katanya dipetik DailyMail Difahamkan, ketika saintis menemui mumia di Gurun Taklamakan itu pada 1930-an, mereka hanya menganalisis protein dan lemak dari sisa makanan itu tanpa menyedari ia sebenarnya adalah keju. -AFP




.

Benarkah pelakon Rozita Che Wan hamil? Zain Saidin sangat teruja!!


Benarkah pelakon Rozita Che Wan hamil? Zain Saidin sangat teruja!! | Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya. "Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak. "Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya.

Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu. Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah. "Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya. Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!