Saturday, March 22, 2014

Gambar bayi pramatang, namun dengan berat yang luar biasa



Gambar bayi pramatang, namun dengan berat yang luar biasa | Seorang wanita melahirkan bayi lelaki dengan berat luar biasa 6.2 kilogram di Changchun, China, baru-baru ini. Menurut pihak hospital, bayi itu dilahirkan awal 10 hari dari tarikh yang dijangka. “Dia mungkin bayi pramatang paling berat pernah dilahirkan di China, tetapi bukan bayi paling berat secara keseluruhan dan tidak pun mencipta rekod untuk tahun ini,” katanya. Bulan lepas seorang wanita melahirkan seorang bayi lelaki seberat 7.2 kilogram di Shanwei memecahkan rekod tujuh kilogram sebelum ini. Dianggarkan 6.9 peratus bayi yang dilahirkan di China mempunyai berat dan saiz melebihi kebiasaan, berpunca daripada peningkatan kadar obesiti dan diet tidak sihat yang diamalkan ibu mereka. -AP





.

Gambar objek terapung yang dikesan oleh Satelit China di koridor selatan


 Gambar objek terapung yang dikesan oleh Satelit China di koridor selatan | Satelit China kesan objek terapung sebesar 22.5x13 meter di koridor selatan Lautan Hindi, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein."Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China (Huang Huikang) bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu pada sidang media, sebentar tadi. Sambil membacakan nota kecil di tangannya, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat. -BH




.

Wanita digilis dalam satu kemalangan ngeri, namun bayi yang dikandung selamat dilahirkan..


Wanita digilis dalam satu kemalangan ngeri, namun bayi yang dikandung selamat dilahirkan.. | Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori. Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori. Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China. Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar. Jurucakap polis, Chan Chien berkata:


“Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter. Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans. Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal. Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan. Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan. Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit. Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. - Agensi





.

Pelik : Ayam disembelih masih mampu berjalan dan bertahan sehingga berjam-jam



Pelik : Ayam disembelih masih mampu berjalan dan bertahan sehingga berjam-jam | Hasrat seorang penduduk Kampung Keniten di daerah ini untuk menikmati masakan ayam yang dipeliharanya tidak kesampaian selepas ayam itu masih hidup walaupun telah disembelih. Tribunnews.com melaporkan, ayam jaguh milik Samsuri Hidayatulloh, 40, itu bukan sahaja masih mampu berlari seperti ayam normal, malah masih boleh berkokok. Walhal, leher ayam berbulu hitam itu nyaris putus akibat disembelih dengan pisau. Menurut Samsuri, dalam kejadian pada Ahad lalu, dia merancang untuk menjadikan daging ayam itu sebagai hidangan kesyukuran untuk anggota keluarga yang sakit di rumahnya.

Oleh kerana ayam itu tidak mati walaupun sudah disembelih, Samsuri tekad untuk tidak mahu memakan daging ayam itu selepas ia mati. "Saya akan tanam ayam itu, sesuai dengan petunjuk dan syariat Islam yang tidak membenarkan makan ayam yang disembelih tetapi tidak mati selepas itu," katanya. Tinjauan Tribunnews.com mendapati, insiden yang menimpa Samsuri membuatkan penduduk kampung gempar dengan kejadian itu. Mereka hairan ayam yang hampir putus lehernya itu masih mampu berjalan dan bertahan sehingga berjam-jam. -Utusan




.

Gambar perkahwinan penyerang berbakat Sabah, Ruzaimi Abdul Rahman


Gambar perkahwinan penyerang berbakat Sabah, Ruzaimi Abdul Rahman | Penyerang sensasi Harimau Muda Ruzaimi Abdul Rahman, 22, selamat bergelar suami apabila menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang dikenali sejak setahun lalu, Nurul Adilah Junaidi, 18, awal malam ini.


Pasangan pengantin itu dinikahkan Pegawai Agama Istana Negeri Imbran Angun dengan sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Taman Sempelang, Sembulan.


Majlis pernikahan diadakan pada jam 7.30 malam tadi hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan. Majlis persandingan akan diadakan di Dewan Wisma Wanita, Ahad ini. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!