Sunday, March 23, 2014

Kerana selfie, lelaki ini mati terkena renjatan elektrik



Kerana selfie, lelaki ini mati terkena renjatan elektrik | Trend selfie atau mengambar diri sendiri, mengorbankan nyawa di Andujar, Sepanyol. Seorang lelaki mati terkena renjatan elektrik sebaik memanjat atap kereta api untuk mengambil selfie. Seperti dipetik dari sebuah akhbar, pemuda berusia 21 tahun itu memanjat atap kereta api bersama seorang temannya. Keduanya menyangka kereta api yang sedang di parkir di stesen itu tidak dialiri dengan elektrik. Ternyata, kabel kereta tersebut masih tersambung.

Ketika sedang mengambil gambar dengan kamera telefon bimbit, dia tidak sengaja memegang kabel yang masih dialiri elektrik. Mangsa lalu terlempar dari kereta tersebut. Temannya juga terkena renjatan elektrik, namun selamat dan kini dirawat di Hospital Alto Guadalquivir dan keadaannya sangat serius.-AP




.

Kisah kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah menjadi pembunuh upahan


Kisah kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah menjadi pembunuh upahan | Kenyataan yang sangat mengejutkan oleh pihak polis Peru, yang dikhabarkan telah menangkap seorang pembunuh upahan yang baru berusia 12 tahun. Polis mengatakan, Nabil Blanco Cerda adalah pembunuh upahan termuda yang pernah ditangkap di negera itu. Nabil, ditangkap bersama rakannya yang juga masih remaja di Chinca, wilayah Ica. Nabil, disyaki menjadi anggota geng yang menembak sebuah kafe dan membunuh seorang anggota geng seteru dan mencederakan dua orang lainnya. Dia juga membunuh seorang polis, ketika lari dari lokasi berlakunya kejadian tembakan.

Bahagian siasatan jenayah Peru, akhirnya berjaya menangkap geng itu. Polis berkata, Nabil dan rakannya yang berusia 16 tahun beserta beberapa remaja lainnya direkrut oleh Edwin Lopez Gabriel, seorang pemimpin geng yang dikenali dengan panggilan "Loco Peluza". Polis menerangkan, Gabriel membentuk sebuah syarikat kerja sebagai menyelindungi kegiatan jenayahnya. Dia kemudian menggunakan "syarikat pekerja" itu untuk menakutkan para pengusaha agar membayar wang perlindungan dan menyingkirkan pesaing.

Beroperasi di bawah syarikat pekerja bangunan, kelompok ini berkeliaran di jalanan kota Chinca, menjual dadah, dan melakukan pemerasan dalam sebuah jaringan yang dikhabarkan ada kaitan dengan empat pembunuhan dan 30 kes serangan. Namun, yang membuatkan polis terkejut adalah pasukan pembunuh geng itu dipimpin seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Kanak-kanak ini juga, bertindak sebagai tukang tagih ketika geng jenayah ini memungut wang pajakan dari para pengusaha. -AP




.

Gambar perkahwinan pelakon sinetron, Dude Harlino dan isterinya yang juga pelakon, Alyssa Soebandono



Gambar perkahwinan pelakon sinetron, Dude Harlino dan isterinya yang juga pelakon, Alyssa Soebandono | Pelakon sinetron terkenal Indonesia, Dude Harlino yang berusia 32 tahun, kelihatan sangat tenang ketika duduk di depan penghulu, para saksi dan JP Soebandono, ayah mertuanya, sebelum mengucapkan ijab kabulnya di Gedung Sasana Kriya, TMII, Jakarta Timur, semalam (Sabtu 22/3/2014).


Dengan sekali lafaz, Dude dengan lancar mengucapkan ijab kabul dan dinyatakan sah menjadi suami Alyssa Soebandono atau lebih dikenali Icha berusia 22 tahun, yang juga merupakan seorang pelakon sinetron.


Meskipun kelihatan tenang, Dude tetap saja merasa tegang sebelum ijab kabul berlangsung. Dude memberikan maskawin yang berupa wang tunai sebesar Rp 2.203.014 dan sejadah. Wang tersebut menandakan tarikh, bulan dan tahun perkahwinan Dude dan Icha.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!