Monday, March 31, 2014

Tahniah, penyanyi Jaclyn Victor umum bakal berkahwin



Tahniah, penyanyi Jaclyn Victor umum bakal berkahwin | Penyanyi Jaclyn Victor, 36, hari ini mengumumkan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman sosial Instagram miliknya yang disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan pasangan berpakaian pengantin. Menurut Jaclyn atau Jac, dia sudah lama ingin berkongsi berita gembira itu dengan para peminat, namun terpaksa menangguhkan khabar gembira tersebut. “

"Saya terpaksa simpan rahsia tentang hasrat untuk berkahwin sejak awal bulan ini bagi menghormati semua yang terlibat dalam tragedi MH370. “Saya minta maaf kerana terpaksa membuat pengumuman ini dalam keadaan semua orang sedang bersedih," katanya. Jelas Jac, dengan pengumuman tersebut, terjawablah sudah segala persoalan tentang perkahwinan yang sering ditanya padanya sejak setahun lalu. - Utusan




.

Pelakon resah, anak terlantar sakit misteri


Pelakon resah, anak terlantar sakit misteri | Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu. Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun. "Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu. "Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati. Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.Dalam pada itu, Linda berkata, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda. Jelas Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh. "Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha. "Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya.


Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu. Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak. -Mstar




.

Gambar lelaki maut dilanggar kereta api di Tenom, Sabah



Gambar lelaki maut dilanggar kereta api di Tenom, Sabah | Seorang pekerja kontrak Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) menemui ajal selepas dilanggar kereta api dalam satu kejadian di Batu 58 Tenom ke Beaufort, petang semalam. Difahamkan mangsa, lelaki tempatan, 41, mengalami kecederaan parah di kepala menyebabkannya mati ditempat kejadian. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa, ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kemalangan tersebut dan mengklasifikasikannya sebagai kes mengejut. -HM




.

Gambar terkini Putera George yang kini berusia 8 bulan


Gambar terkini Putera George yang kini berusia 8 bulan | Putera William dan isterinya Kate, pada Sabtu mengeluarkan sekeping gambar keluarga yang menunjukkan pasangan itu bersama dengan anak lelaki mereka berusia lapan bulan, Putera George, satu tindakan yang jarang-jarang dilakukan pasangan ini. Gambar itu diambil menjelang lawatan pertama bayi lelaki itu ke luar negara. The Duke of Cambridge, bergambar dengan isteri dan anaknya di tingkap terbuka apartmen mereka di Kensington Palace di London. Kate, 32, yang sedang senyum memegang George manakala putera kecil mereka memberi tumpuan kepada haiwan peliharaan keluarga mereka, Lupo yang berada di pangkuan William. Kate memakai baju putih, manakala William, 31 , kelihatan tenang dengan kemeja dengan lengan digulung.

 George memakai baju biru muda dengan namanya tertulis di bahagian dada dan memakai baju kolar putih di bahagian dalam. Gambar George, sebelum ini telah muncul dua kali di khalayak awam, kali pertama ketika meninggalkan hospital dan kemudian pada pembaptisan pada Oktober. Gambar yang diambil oleh jurugambar selebriti Jason Bell beberapa minggu lalu telah dikeluarkan lebih awal daripada lawatan keluarga ke Australia dan New Zealand bermula pada 7 April. George dilahirkan pada 22 Julai 2013, mempunyai umur yang sama dengan William yang membuat lawatan pertama bersama ibu bapanya, Putera Charles dan Puteri Diana pada tahun 1983. -AP





.

Penampilan terkini Angelina Jolie menarik perhatian ramai



Penampilan terkini Angelina Jolie menarik perhatian ramai | PADA Jumaat lalu, Angelina telah melakukan kunjungan ke Bosnia melawat perkuburan mangsa korban perang wilayah tersebut. Menurut Reuters, kunjungan Angelina ke negara tersebut menarik perhatian ramai apabila dia tampil sopan dengan pemakaian serba hitam selain mengenakan selendang di kepala.


"Penampilannya cukup memberi kesan kepada orang disekelilingnya kerana ia menunjukkan dia cukup menghormati masyarakat Islam," kata sumber. Bagaimanapun penampilan berselendang itu bukanlah pertama kali digayakan Angelina, sebaliknya dia akan berpakaian sopan apabila mengunjungi negara-negara Islam. -AP




.

MH370 : Buat pertama kali, anak sulung Kapten Zaharie meluahkan kata-kata berikutan kehilangan pesawat yang masih kekal misteri


MH370 : Buat pertama kali, anak sulung Kapten Zaharie meluahkan kata-kata berikutan kehilangan pesawat yang masih kekal misteri | “Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam. Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370. Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang. Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu. Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh. FB itu dilihat menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu. Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah. Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan. Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama. Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang. Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga. Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu. Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.


Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya. Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan. Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya. Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi. Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.-HM




.

Suami isteri ditemui mati dalam keadaan tragis di kediaman mereka


Suami isteri ditemui mati dalam keadaan tragis di kediaman mereka | Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di kediaman mereka di Blok C, Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, Kampung Muhibbah di sini malam tadi. Pasangan suami isteri itu hanya dikenali sebagai Selvam dan Anita. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, si suami terlebih dahulu mengelar leher isterinya dan membunuh dua ekor anjing mereka sebelum mengelar diri sendiri. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pada mulanya, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai terdapat seorang lelaki cuba membunuh diri di lokasi tersebut. Beliau berkata, pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat lelaki itu dan seorang wanita di sebuah bilik tidur dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah. "Turut ditemui di bilik sama ialah dua ekor anjing yang telah mati," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohan Singh berkata, pihaknya menemui sebilah pisau berhampiran mayat lelaki terbabit yang dipercayai digunakan untuk membunuh diri. "Pemeriksaan terhadap mayat mendapati ada kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa sepanjang antara 10 ke 15 sentimeter, begitu juga dengan kedua-dua anjing tersebut," ujarnya. Mohan berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat. "Ketika ini siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut," ujarnya.

Sementara itu, menurut seorang jiran yang enggan dikenali, dia mendengar bunyi bising seperti orang bergaduh dari rumah pasangan itu kira-kira pukul 10 malam. "Tidak lama selepas itu, saya diberitahu jiran-jiran lain memaklumkan pasangan itu ditemui mati," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Menurut jiran tersebut, pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan telah tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu. Katanya, lelaki terbabit mengendalikan perniagaan pengangkutan manakala isterinya bekerja sambilan sebagai juru dandan. Seorang lagi jiran memberitahu, dia tidak pernah melihat pasangan itu bergaduh sebelum ini. -Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!