Tuesday, April 15, 2014

Bayi maut selepas minum susu ibu yang mengandungi morfin



Bayi maut selepas minum susu ibu yang mengandungi morfin | Seorang ibu dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana menyebabkan kematian bayi perempuannya selepas memberi susu badan yang mengandungi morfin. Bekas jururawat Stephanie Greene, 39, dari South Carolina, Amerika Syarikat didapati bersalah mengambil morfin dan ubat penahan sakit lain tanpa memberitahu doktor yang beliau sedang dalam tempoh menyusukan bayinya. Bayinya, Alexis berusia 6 minggu dilaporkan maut selepas laporan toksikologi mengesahkan kematian itu berpunca dari susu badan yang diambil. Pendakwa raya Barry Barnette berkata, Greene yang ketagih morfin didapati bersalah membunuh dan mengabaikan keselamatan bayinya itu.

“Ini bukan dakwaan penyusuan. Greene lebih suka mengambil dadah daripada menyayangi anaknya,” katanya kepada Nydaily. Seorang pakar perubatan memberi keterangan, melalui ujian bedah siasat mendapati terdapat kandungan morfin berlebihan dalam tubuh bayi berkenaan. “Kami dapati terdapat empat auns dadah di dalam tubuh bayi berkenaan, sebagai seorang bekas jururawat dia sepatutnya mengetahui bahaya pengambilan ubat dan dadah berkenaan terhadap bayinya,” katanya. Susulan kesalah itu, Greene menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan harus berkhidmat sekurang-kurangnya 16 tahun dalam penjara di bawah undang-undang South Carolina. -AP




.

Kejam!! Suami isteri menemui mayat bayi yang disangka bangkai dalam longkang depan rumah


Kejam!! Suami isteri menemui mayat bayi yang disangka bangkai dalam longkang depan rumah | Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bau busuk di longkang hadapan rumah mereka di Kampung Limbongan, di sini, kelmarin, berpunca daripada mayat bayi yang sudah reput, tanpa isi perut. Mereka ternampak mayat itu ketika hendak membersihkan longkang yang disangka tersumbat dengan bangkai ayam kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun, Suhaizam Mohd Nor, 30, dan isterinya, Zulita Jost, 28, tergamam apabila melihat cebisan daging dan kaki mayat bayi yang sudah reput. Menurut Suhaizam, mereka mengangkat besi penutup longkang setelah nampak apa yang mereka sangka bangkai ayam di situ.

“Isteri saya menarik dengan pengaut besi dan dapati ia kaki bayi. Saya kemudian membuka satu lagi penutup besi dan nampak bahagian lain bayi dalam keadaan terlangkup," katanya. Menurutnya, bentuk kepala tiada sempurna dan perut berlubang. "Saya panggil beberapa jiran. Mereka pun percaya itu mayat bayi. Lepas itu kami hubungi polis," katanya ketika ditemui di kediamannya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat bayi, yang masih tidak diketahui jantinanya, dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. -SH




.

Gempar!! Penemuan mayat lelaki reput atas pokok di sebuah padang golf setelah dilaporkan hilang sejak 3 tahun lalu



Gempar!! Penemuan mayat lelaki reput atas pokok di sebuah padang golf setelah dilaporkan hilang sejak 3 tahun lalu | Mayat seorang lelaki ditemui 12 meter di atas pokok di sebuah padang golf selepas anjing dilihat menggongong lengan manusia. Mangsa dikenal pasti sebagai Jurij Sliachtecov, 21, warga Lithuania yang dilaporkan hilang sejak tiga tahun lalu. Polis dan rakannya pada mulanya menyangka Sliachtecov pulang ke negara asal kerana turut membawa pasport ketika menghilangkan diri. Kali terakhir dia dilihat bersama rakannya di Bournemouth pada lewat April 2011. Kehilangan dia disedari tidak lama selepas itu malah disebarkan media tempatan di Lithuania.

Misteri itu akhirnya terungkai apabila seekor anjing yang bermain di kawasan semak di padang golf Meyrick Park dilihat menggonggong lengan manusia pada 31 Mac lalu. Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha pencarian besar-besaran sebelum cebisan mayat manusia ditemui di atas pokok. Mayat itu dipercayai reput menyebabkan cebisan tulangnya jatuh ke tanah. Seorang lelaki yang tinggal berhampiran kemudian membawa beberapa lagi tulang manusia yang disimpan dalam beg plastik yang didakwanya ditemui tahun lalu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis Dorset memberitahu Western Daily Press, identiti sebenar mayat itu belum dikenal pasti namun pihaknya yakin ia milik Sliachtecov. Inkues akan dijalankan hujung minggu ini manakala punca kematian belum dikenal pasti. Bagaimanapun, pihak polis tidak mengesyaki kejadian jenayah. Sementara itu, penduduk berhampiran terkejut dengan penemuan itu. “Kasihan. Bayangkanah ada orang yang mati di sini dan mayatnya selama ini tidak ditemui tanpa diketahui sesiapa,” kata seorang penduduk. - Agensi




.

Gambar terkini Nurliyana Manan dan kes cerainya dan suami yang juga teman lelaki Hanez Suraya diselesai cara baik


Gambar terkini Nurliyana Manan dan kes cerainya dan suami yang juga teman lelaki Hanez Suraya diselesai cara baik | Tuntutan cerai fasakh suri rumah Nurliyana Manan terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd. Jais yang juga teman lelaki pelakon Hanez Suraya mungkin akan ditarik balik jika penyelesaian secara baik berjaya dicapai oleh kedua-dua pihak. Peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Nurliyana, 29, memaklumkan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, jika persetujuan berjaya dicapai, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Menurut beliau, Romie Razin, 34, selaku defendan melalui peguam syarie, Rubiah Jaafar memaklumkannya hari ini untuk menyelesaikan kes tersebut secara rundingan namun Rubiah memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan Romie Razin. “Kami sebagai pihak plaintif menyambut baik hasrat Romie untuk menyelesaikan kes ini secara baik, seterusnya jika ia berjalan lancar kami akan mengemukakan permohonan baharu," kata Kamar Ainiah. Ketika ditanya Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin sama ada rundingan itu akan tetap berakhir dengan perceraian bukannya perdamaian, Kamar Ainiah memberitahu, agak sukar mencapai perdamaian kerana banyak isu yang berbangkit antara kedua-dua pihak.

Rubiah kemudian mencelah dan memaklumkan mahkamah, perbincangan untuk berdamai antara kedua-dua pihak telah diadakan sebelum ini namun gagal kerana isu berbangkit itu. Sehubungan itu, Zainal Abidin membenarkan kedua-dua pihak mengadakan rundingan bagi penyelesaian secara baik itu agar isu mengenai hak masing-masing selepas bercerai selesai secara harmoni. Beliau memberi tempoh sehingga 16 Jun ini untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat namun jika gagal, perbicaraan akan diteruskan.


Nurliyana memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Nurliyana hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya namun Romie Razin tidak hadir kerana tidak sihat. Sementara itu Nurliyana yang ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu tidak mungkin sama sekali dia dan suaminya akan berdamai. Sepanjang perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki. -Utusan




.

Kahwin tahun lalu, suami fail perceraian kerana isteri tak tahu masak


Kahwin tahun lalu, suami fail perceraian kerana isteri tak tahu masak | Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan. Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini. Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa tiada selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya. “Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan. -HM




.

Punca kematian adik Elysha Natasha Mohd Shukri, 6 tahun di Kg. Sageng, Simunjan didedahkan



Punca kematian adik Elysha Natasha Mohd Shukri, 6 tahun di Kg. Sageng, Simunjan didedahkan | Kematian Elysha Natasha Mohd Shukri dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Sageng, Simunjan sejak tiga hari lalu, disahkan berpunca jangkitan kuman pada organ dalaman. Ia disahkan hasil bedah siasat sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini yang turut mendapat bantuan pakar pergigian dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam. Malah, bedah siasat dijalankan turut mengesahkan kesan kecederaan ditemui pada tubuh budak perempuan berusia enam tahun itu sebagai kesan kecederaan biasa, termasuk kesan gigitan pada tangan kirinya yang dikenal pasti bukan disebabkan gigitan individu dewasa, sebaliknya sepadan dengan gigi kanak-kanak sebayanya. Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yii Kok, berkata hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui pada tubuh kanak-kanak itu.


Tiada penderaan seksual 

Katanya, tidak ditemui juga sebarang kemasukan objek atau koyakan pada bahagian kemaluan kanak-kanak berkenaan yang boleh mengaitkan kematiannya dengan penderaan seksual atau penderaan fizikal lain. “Hasil laporan forensik menyatakan tiada sebarang unsur mencurigakan dalam kes kematian kanak-kanak berkenaan, malah kesan kesan gigitan ditemui pada tangan kirinya sepadan dengan kesan gigitan gigi kanak-kanak. “Dalam laporan sama turut dimaklumkan kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kesan jangkitan kuman pada organ dalamannya hingga menyebabkan beberapa organ dalaman gagal berfungsi, selain berlaku darah keluar mengikut saluran kencing,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, Elysha Natasha dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Simunjan dalam keadaan lemah oleh bapa saudaranya kira-kira jam 8 malam sebelum disahkan meninggal dunia selepas satu setengah jam menerima rawatan. Bagaimanapun, petugas di unit berkenaan menemui pelbagai kesan kecederaan meragukan pada tubuh mangsa, termasuk kesan gigitan pada tangan kiri dan pendarahan di alat kemaluannya dipercayai didera sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan memaklumkan kejadian. Yii Kok berkata, susulan laporan bedah siasat, polis menganggap siasatan kematian kanak-kanak itu sebagai selesai dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!