Thursday, April 17, 2014

Kesal tiada guna, gurauan remaja perempuan ini akhirnya undang padah



Kesal tiada guna, gurauan remaja perempuan ini akhirnya undang padah | Seorang remaja perempuan Belanda, ditahan kelmarin gara-gara menyamar sebagai anggota kumpulan al-Qaeda dan menghantar mesej yang berbaur ancaman menerusi laman web Twitter kepada syarikat penerbangan American Airlines. Remaja yang hanya dikenali sebagai Sarah, 14, itu ditahan sehari selepas dia menghantar mesej tweet kepada American Airlines yang berbunyi, 'Hello, nama saya Ibrahim dan saya dari Afghanistan. Saya sebahagian daripada al-Qaeda dan pada 1 Jun nanti saya akan melakukan sesuatu yang besar.' Syarikat penerbangan tersebut memberi jawapan balas kepada Sarah dan menyatakan mereka mengambil kira mesej tersebut secara serius sebelum menghantar alamat protokol internet (IP) serta maklumatnya kepada pihak keselamatan dan Biro Penyiasat Persekutuan (FBI).

Sarah kemudian meminta maaf dan berkata, tweetnya itu hanya satu jenaka sebelum dia ditahan pihak polis. Akaun Sarah di Twitter mencapai bilangan pengikut 30,000 orang sebelum ditutup selepas insiden berkenaan. “Saya selalu mahu menjadi terkenal, tetapi bukannya terkenal seperti Osama bin Laden," kata remaja itu dalam Twitternya sebelum akaunnya disekat, lapor akhbar Britain, Daily Telegraph. Namun, maklumat terperinci tentang dakwaan terhadap Sarah masih belum diketahui memandangkan ancaman terhadap syarikat penerbangan boleh dituduh sebagai kesalahan berat di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lain. -AP



.

Bintang terkenal, Jackie Chan dedah hubungan dengan anak, Jaycee Chan


Bintang terkenal, Jackie Chan dedah hubungan dengan anak, Jaycee Chan | DIKETAHUI mempunyai hubungan yang tidak harmoni dengan bekas isteri dan anaknya, Jaycee Chan, bintang tersohor dunia, Jackie Chan baru-baru ini mengumumkan bahawa dia akan menyerahkan separuh hartanya kepada anak lelakinya itu manakala sebahagian lagi diagihkan untuk badan kebajikan. Pengumuman tersebut dibuat sewaktu beliau ditemui pada majlis pelancaran Muzium Jackie Chan di Shanghai, China baru-baru ini. Ujarnya: "Saya akan mengosongkan akaun bank saya dengan sebahagian aset diberikan kepada Jaycee, dan selebihnya untuk badan kebajikan bila tiba masanya." Beliau yang baru menyambut ulang tahun ke-60 juga memberitahu bahawa legasi seni yang dibinanya, termasuk empayar perniagaan JCE Movies Limited akan diserahkan kepada Jaycee.

"Saya sudah bersedia untuk menyerahkan takhta empayar saya kepadanya. Dia telah bekerja keras dengan cukup baik selama ini. "Maka dengan itu saya tidak teragak-agak untuk menyerahkan jawatan Pengarah Urusan (CEO) JCE Movies Limited kepadanya kelak," ujar Jackie yang merasakan anaknya itu paling layak menggantikan tempatnya. Jackie bagaimanapun memberitahu, dia akan melakukan tempoh percubaan buat anaknya mengendalikan syarikat besar tersebut. "Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, saya sendiri akan meminta rakan baik saya iaitu Nicholas Tse untuk membantunya," ujarnya lagi.

Menyentuh mengenai hubungan dengan anaknya pula, Jackie mengakui bahawa sejak dahulu lagi, dia mendidik anaknya itu dengan tegas dan pernah memarahi pelakon muda itu sehingga hubungan mereka renggang. Jackie juga dikatakan sering memarahi anaknya itu sehingga anaknya, Jaycee menjauhkan diri daripadanya. "Namun sekarang, segalanya telah berubah. Kami kini semakin rapat dan saling membantu antara satu sama lain, terutamanya melibatkan hal kebajikan. Saya juga bergurau dengannya supaya melupakan kisah dahulu," ujarnya berseloroh. -Kosmo




.

Keldai dadah kantoi selepas mengadu beg mengandungi dadah itu hilang



Keldai dadah kantoi selepas mengadu beg mengandungi dadah itu hilang | Seorang ‘keldai dadah’ ditahan kerana menyeludup candu bernilai hampir £200,000 (RM1.1juta) ke Britain selepas mengadu beg mengandungi dadah itu hilang. Amir Rahnama, 43, menyorokkan dadah di dalam tiub krim rambut yang disimpan di dalam beg pakaiannya sebelum berlepas dari Iran. Bagaimanapun, beg pakaiannya tertinggal ketika dia singgah di Dubai. Dia kecewa apabila ia gagal tiba di Lapangan Terbang Manchester. Dia melaporkan perkara itu di tempat aduan kehilangan beg dan mengisi beberapa borang meminta beg itu dihantar ke Britain.

Beg itu dijejaki di Dubai dan diterbangkan ke Manchester apabila polis sempadan dan anjing pengesan mengesan candu itu. Mereka menjumpai 15 tiub krim rambut mengandungi 10 kilogram candu yang dianggarkan bernilai £197,000 (RM1.07 juta). Tidak sedar dirinya disyaki, Amir menuntut beg yang mempunyai namanya dan menggunakan pasport membuktikan beg itu miliknya. Apabila polis mengelilingi dan menahannya, dia berkata, dia membeli candu itu di Teheran dengan harga £1,000 (RM5,425) dan merancang menjualnya dengan harga £9,000 (RM 48,830).

Amir menangis di kandang tertuduh semalam apabila seorang jurubahasa memberitahunya hakim menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atasnya. Mahkamah itu diberitahu Amir mulanya memaklumkan kepada polis bahawa dia menyeludup dadah itu untuk membayar pembiayaan rawatan kanser isterinya. Bagaimanapun dia mengubah ceritanya dan mengaku menjadi ‘keldai dadah’ untuk bos dadah. Pendakwa raya Duncan Wilcock berkata: ‘Dia tahu ia salah, tetapi dia menjualnya untuk membayar kos perubatan isterinya di Iran. - Agensi




.

[Gambar] Bapa cekik anak sampai mati untuk membolehkan dia ke kafe siber



Bapa cekik anak sampai mati untuk membolehkan dia ke kafe siber | Seorang bapa dituduh membunuh anak lelakinya berusia dua tahun selepas mengaku mencekik mangsa untuk membolehkan bermain permainan atas talian di kafe siber. Polis menahan penganggur, 22 di bandar Taegu, tenggara Korea Selatan Ahad lalu selepas menemui mayat anaknya di dalam beg pakaian dibalut dengan plastik sampah berdekatan rumahnya. Sebelum itu, Chung melaporkan anaknya hilang. Polis mulanya percaya anaknya mati kebuluran selepas ditinggalkan lelaki itu selama 10 hari kerana dia menghabiskan masa di kafe siber.


Tetapi Chung akhirnya mengaku ‘menekup hidung dan mulut mangsa dengan tangannya,’ lebih sebulan lalu, dengan niat untuk membunuhnya supaya dia boleh ke kafe siber, kata pegawai polis. Sementara itu, polis belum dapat menjejaki ibu kanak-kanak berkenaan walaupun akhbar tempatan melaporkan dia berada jauh kerana bekerja di sebuah kilang. - Agensi




.

[Gambar] Pekerja kilang makanan ringan patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja


Pekerja kilang makanan ringan patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja | “Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki,” kata Tan Chee Hau, 32. Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.


Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit. Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah. -HM



.

[Gambar] Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri



Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri | Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.


Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.


Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - Utusan







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!