Thursday, April 17, 2014

Kesal tiada guna, gurauan remaja perempuan ini akhirnya undang padah



Kesal tiada guna, gurauan remaja perempuan ini akhirnya undang padah | Seorang remaja perempuan Belanda, ditahan kelmarin gara-gara menyamar sebagai anggota kumpulan al-Qaeda dan menghantar mesej yang berbaur ancaman menerusi laman web Twitter kepada syarikat penerbangan American Airlines. Remaja yang hanya dikenali sebagai Sarah, 14, itu ditahan sehari selepas dia menghantar mesej tweet kepada American Airlines yang berbunyi, 'Hello, nama saya Ibrahim dan saya dari Afghanistan. Saya sebahagian daripada al-Qaeda dan pada 1 Jun nanti saya akan melakukan sesuatu yang besar.' Syarikat penerbangan tersebut memberi jawapan balas kepada Sarah dan menyatakan mereka mengambil kira mesej tersebut secara serius sebelum menghantar alamat protokol internet (IP) serta maklumatnya kepada pihak keselamatan dan Biro Penyiasat Persekutuan (FBI).

Sarah kemudian meminta maaf dan berkata, tweetnya itu hanya satu jenaka sebelum dia ditahan pihak polis. Akaun Sarah di Twitter mencapai bilangan pengikut 30,000 orang sebelum ditutup selepas insiden berkenaan. “Saya selalu mahu menjadi terkenal, tetapi bukannya terkenal seperti Osama bin Laden," kata remaja itu dalam Twitternya sebelum akaunnya disekat, lapor akhbar Britain, Daily Telegraph. Namun, maklumat terperinci tentang dakwaan terhadap Sarah masih belum diketahui memandangkan ancaman terhadap syarikat penerbangan boleh dituduh sebagai kesalahan berat di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lain. -AP



.

3 Penyokong CHELSEA:

Lisa Nurulain on April 17, 2014 at 11:36 PM said...

Kesian sarah

iyka syafika on April 18, 2014 at 1:00 AM said...

Aduhai...malang tak berbau btol la

Dunia Mommy Comel on April 18, 2014 at 9:47 PM said...

Gurau xkena gaya nmanya tu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!