Wednesday, April 23, 2014

Intai-intai.. Gambar perkahwinan Rani Mukerji dan Aditya Chopra


Intai-intai.. Gambar perkahwinan Rani Mukerji dan Aditya Chopra | Aditya Chopra dan Rani Mukerji akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri dalam majlis tertutup pada 21 April lalu di Itali. Mengesahkan perkara itu, Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Yash Raj Films (YRF) Rafiq Gangjee berkata, majlis itu diadakan secara kecil-kecilan. “Hanya ahli keluarga terdekat pasangan terbabit dijemput menyaksikannya,” katanya. Menulis di Twitter, syarikat penerbitan YRF turut mengatakan perkara sama semalam. Ia turut memuat naik mesej lanjut: “Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, moga berbahagia selamanya.” Sementara itu, Rani sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu. “Saya ingin berkongsi hari paling bahagia ini dengan semua peminat di seluruh dunia.


“Doa kalian selama ini memang penguat semangat saya. “Saya tahu ramai antara anda menanti-nantikan berita ini dan bergembira bersama saya. Majlis kami amat indah di sebuah perkampungan di Itali dengan hanya dihadiri beberapa keluarga serta teman rapat. “Sayangnya Yash Uncle (panggilan Rani merujuk kepada Yash Chopra yang meninggal dunia pada 21 Oktober 2012) tidak bersama kami, namun saya tahu dia tidak pernah berhenti menyayangi serta mendoakan kami,” katanya.


Menurut Rani, dia meminati kisah dongeng sejak kecil dan percaya hidupnya tidak ubah seperti satu cerita. “Kini saya memasuki fasa seterusnya kehidupan sebagai seorang isteri - nampaknya, ‘kisah dongeng’ ini masih belum tamat,” katanya. Media sebelum ini melaporkan Aditya sudah berpindah ke rumah Rani dan pasangan itu akan berkahwin dalam masa terdekat. Malah, sejak beberapa tahun lalu Rani dilihat memainkan peranan sebagai anak perempuan sulung serta tuan rumah di kediaman Chopra. - Agensi



.

Bekas penyanyi rap Jerman, sertai kumpulan jihad di Syria dan syahid terbunuh dalam satu serangan



Bekas penyanyi rap Jerman, sertai kumpulan jihad di Syria dan syahid terbunuh dalam satu serangan | Seorang bekas penyanyi rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam. Cuspert yang menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah timur pada Ahad lalu. Dia yang menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forun kumpulan itu. "Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan. "Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS," tambahnya. Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011. Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. - Agensi





.

Siapakah tunang pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih di kenali sebagai Mak Mah ini?



Siapakah tunang pelakon veteran Ruminah Sidek atau lebih di kenali sebagai Mak Mah ini? | Pelakon veteran Ruminah Sidek menjelaskan cintanya terhadap Al Fatah Rahim, 70, tersemai ketika mereka sama-sama mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, berkata, ketika mengerjakan ibadah itu, jiwanya tiba-tiba berasa sunyi sehingga timbul keinginan untuk mempunyai pasangan hidup. Manakala Al Fatah pula mengambil kesempatan mengerjakan umrah dengan niat ingin berdoa bagi mendapatkan isteri.| "Selama ini, setiap kali mengerjakan umrah, peraaan saya hanya biasa sahaja tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat sunyi. Terasa mahu berteman pula. "Saya berdoa kepada Allah agar memperkenankan doa saya kerana saya sudah rasa penat hidup sendirian. "Hendak dijadikan cerita, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, saya berkenalan dengan Fatah dan dia berkongsi cerita iaitu hajatnya berdoa agar dipertemukan jodoh.

"Mendengar cerita itu, kami pun berbincang hasrat mendirikan rumah tangga,” kata Ruminah. Ketika bercerita, Ruminah tidak dapat menahan sebak dan beberapa kali kedengaran menangis kerana terlalu gembira dengan kehidupan baru yang bakal dibinanya itu.Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini. Pada majlis pertunangan itu Ruminah menerima lima dulang hantaran berserta sebentuk cincin manakala pihak lelaki turut menerima hantaran bilangan yang sama. Pasangan itu bakal bernikah pada 17 Mei depan di lokasi pertunangan mereka. Dijangka 4,000 tetamu akan dijemput.

Al Fatah yang merupakan peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan adalah sorang duda beranak sepuluh. Beritahu Ruminah, dia tidak sangka akan mendirikan rumah tangga pada usia 68 tahun dan menyifatkan perkara itu sebagai hadiah yang diberikan oleh Allah. "Saya bersyukur dan tidak sangka sebenarnya dapat menghabiskan baki hidup saya dengan seorang suami. Alhamdulillah. "Dia (Fatah) juga berjanji akan membawa saya berjalan-jalan di Felda selepas kami berkahwin nanti," ujarnya. Ruminah sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel. Hasil tiga perkahwinannya itu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie. Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.-Mstar





.

Kes cerai diantara pasangan Fiza Elite dan Adam akan didengar di Mahkamah 28 April ini



Kes cerai diantara pasangan Fiza Elite dan Adam akan didengar di Mahkamah 28 April ini | Kes permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza dan penyanyi, Adam akan didengar buat pertama kali pada 28 April ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Sumber mem­beritahu, Fiza memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan kes akan didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi. Fiza atau na­­ma sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 33, didakwa memfailkan permohonan itu pada 16 April lalu.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu mula diperkatakan awal bulan ini selepas Fiza memadam gambar Adam di laman sosial Instagram. Fiza dan Adam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut sebaliknya memberitahu rumah tangga mereka tidak bermasalah. Semalam, Fiza mengemas kini Instagram dengan sekeping gambarnya bertelekung dengan tulisan dia memohon semua pihak memahami si­tua­sinya dan enggan menja­wab sebarang per­soalan mengenai rumahtangganya.

Adam dan Fiza berkenalan dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS) di sini pada 26 September 2013. Perkahwi­nan itu me­ru­pa­kan yang kedua bagi Fiza selepas berpisah dengan bekas suami, Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010. Bersama bekas suaminya, Fiza mempunyai dua cahaya mata, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.



.

Reaksi pelakon Rabecca Nur Al Islam berhubung cara dia berpakaian sehingga mendapat kritik yang teruk oleh peminat


Reaksi pelakon Rabecca Nur Al Islam berhubung cara dia berpakaian sehingga mendapat kritik yang teruk oleh peminat | “Saya akui melakukan kesilapan dengan berpakaian begitu. Saya baru lagi berhijrah dan akan memperbaiki kekurangan diri sedikit demi sedikit.” Itulah komen pelakon Rabecca Nur Al Islam berhubung gambar dia berpakaian sendat ala Teletubbies dan dikritik peminat sebagai tidak sesuai dengan imej barunya yang sudah bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi seorang rakannya, baru-baru ini. Gambar pelakon berusia 28 tahun itu mengenakan pakaian ala ‘jump suit’ berwarna merah yang sendat dari bahagian perut ke bawah terpampang dalam Instagram sebelum disebarkan individu tertentu dipercayai pengikutnya di laman sosial berkenaan sejak kelmarin.

Sehubungan itu, ia menerima banyak kecaman termasuk ada yang menyamakannya dengan watak kartun popular dalam kalangan kanak-kanak. Rabecca ketika dihubungi RAP berkata, baju yang dipakainya itu hanya baju biasa tetapi cara dia berdiri dalam gambar itu menampakkan dia seperti seksi. “Sebelum ini saya berbaju kurung pun ramai yang kata saya seksi. Bagaimanapun, saya terima segala teguran dengan hati terbuka. Dalam penghijrahan ini saya masih belajar dan doakan saya supaya terus menjadi insan terbaik di sisi Allah. “Saya ingatkan sudah lama tidak berlakon, orang dah lupakan saya. Apa pun saya berterima kasih kerana ramai yang masih prihatin dan memberikan nasihat,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Terdahulu, sebaik mengetahui gambar itu tersebar dan diperkatakan ramai termasuk disamakan dengan Teletubbies, Rabecca memuat naik foto watak kartun terbabit yang berwarna merah seperti yang disamakan pihak yang menyebarkan cerita itu di Instagram, kelmarin. Menerusi foto itu Rabecca memaklumkan bersyukur kerana dia dan anaknya memang meminati watak kartun itu dan sedar pihak terbabit yang menyebarkannya bertujuan untuk memburukkan imejnya. Dia yang menulis dalam bahasa Inggeris berkata, dia percaya perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan seorang daripada pengikutnya di Instagram kerana akaun itu adalah ‘private’. Dia juga melabelkan pihak itu seorang ‘silent killer’ dan suka membuat dosa dengan dengan mudah. -HM




.

Warga emas meninggal dunia dalam keadaan bersujud menghadap kiblat


Warga emas meninggal dunia dalam keadaan bersujud menghadap kiblat | Seorang nelayan warga emas ditemui mati dalam keadaan bersujud menghadap kiblat dalam bot gentian kaca miliknya oleh penduduk kampung di jeti nelayan Kampung Teluk Kalong, dekat sini, kira-kira jam 8.15 pagi semalam. Mangsa, Yusof Ali, 65, ditemui dengan ubat penyedut penyakit asma di sisinya.

Rakannya, Mohd Azwan Ramli, 32, berkata ketika minum di warung berhampiran jam 8 pagi, seorang rakan memberitahu ternampak mangsa bersujud dan tidak bergerak selama lebih sejam dalam botnya. “Bimbang perkara buruk berlaku, saya bergegas ke jeti dan memanggil namanya, namun tiada jawapan. Apabila dihampiri, kami mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!