Monday, September 8, 2014

[Gambar] Rumah 'paling kecil di dunia' yang bernilai RM1.43 juta



[Gambar] Rumah 'paling kecil di dunia' yang bernilai RM1.43 juta | Sebuah rumah yang dianggap sebagai rumah 'paling kecil di dunia' yang terletak di kejiranan Islington di utara London bakal dijual pada harga AS$450,000 (RM1.43 juta), lapor New York Daily News kelmarin. Rumah dengan sebuah bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air itu terletak di kawasan kejiranan terkenal di London yang mana harga hartanah di lokasi itu melambung pada setiap tahun. Kediaman tersebut sangat kecil sehingga bilik tidur dibina di atas dapur dan pemiliknya perlu menaiki tangga kecil untuk ke ruang berkenaan.


Seorang ejen jualan rumah berkenaan berkata, hartanah itu sangat unik dan baru sahaja dibina serta dijual di pasaran. "Ini mungkin rumah paling kecil di dunia tetapi harganya sangat berpatutan di lokasi ini," katanya. Harga hartanah di Islington telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak beberapa tahun lalu. - Agensi




.

Kate Middleton sah hamil anak kedua



Kate Middleton sah hamil anak kedua | Dipetik dari Press Association, Duke dan Duchess of Cambridge sedang menantikan bayi kedua mereka, apabila Kate Middleton disahkan hamil. Ratu dan anggota keluarga William dan Kate lainnya ikut gembira dengan khabar tersebut, menurut Istana Kensington. Khabar gembira ini diumukan oleh pihak Clarence House pada 10.27 pagi dengan mengetwit: "The Duke and Duchess of Cambridge are very pleased to announce that The Duchess of Cambridge is expecting their second child."

Kate dikhabarkan mengalami mual-mual, seperti yang dialaminya ketika hamil anak pertama, dan ketika ini mendapat rawatan para doktor di Istana Kensington. Perdana Menteri David Cameron mengucapkan selamat kepada pasangan tersebut hari ini: "Selamat kepada Duke dan Duchess of Cambridge. Saya turut gembira dengan khabar bahagia bahawa mereka sedang menanti kelahiran bayi kedua." -PA





.

Lelaki nekad saman ibu bapa kerana tidak mahu menyara hidupnya



Lelaki nekad saman ibu bapa kerana tidak mahu menyara hidupnya | Seorang lelaki di sini menjadi perhatian media sosial apabila dia bertindak menyaman ibu bapanya yang didakwa tidak mahu menyara hidupnya. Lelaki berkenaan, Kuang Zhengxuan, 29, turut digelar 'man-baby' berikutan perangainya yang terlalu manja dan menganggap tanggungjawab ibu bapanya adalah untuk menjaganya walau pun dia telah dewasa, , lapor sumber, odditycentral.com, baru-baru ini. Zhengxuan dilaporkan berhenti sekolah pada usia muda dan mendalami kemahiran pertukangan kayu serta dandanan rambut, namun selepas beberapa lama bekerja, dia mendakwa dirinya sering dituduh mencuri dan dipukul.

Oleh itu, dia membuat kesimpulan bahawa dia tidak mempunyai kemahiran yang boleh memberinya peluang pekerjaan. Menurut laporan media, Zhengxuan merupakan seorang yang pemalas dan banyak menghabiskan masa bermain telefon pintarnya sehingga menyebabkan ibu bapanya menghalau Zhengxuan dari rumah mereka supaya belajar hidup berdikari. Bapanya berkata, mustahil baginya untuk menyara hidup anaknya itu. "Setiap kali dia hubungi kami, dia pasti meminta wang," katanya.


Namun, Zhengxuan mendakwa ibu bapanya mempunyai kemahiran dan pekerjaan yang membolehkan mereka menyara dirinya. Zhengxuan kini bekerja sambilan sebagai model potret di sebuah sekolah seni, namun baginya pekerjaan itu memenatkan dan tidak stabil untuk menyara hidupnya. Pakar percaya, simptom terlalu manja merupakan kesan polisi China yang hanya membenarkan sebuah keluarga mempunyai seorang anak, menyebabkan generasi muda negara ini enggan berdikari. -AP




.

5 penduduk jalani hukuman rotan dikhalayak umum kerana berjudi



5 penduduk jalani hukuman rotan dikhalayak umum kerana berjudi | Buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun, lima penduduk dari daerah Pidie di wilayah ini, semalam menjalani hukum rotan secara terbuka kerana kesalahan berjudi, satu perbuatan yang melanggar undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan di Aceh. Hukuman sebat di khalayak ramai itu dilaksanakan di perkarangan Masjid Al-Falah di Siqli dengan disaksikan kira-kira 1,000 orang selepas solat Jumaat lalu. "Satu daripada mereka dirotan sebanyak lapan kali, manakala empat yang lain disebat sebanyak tujuh kali.'' kata Ketua Agensi Perintah Awam Aceh dan Polis Syariah, Sabaruddin Hasan kepada Jakarta Globe, semalam.

Hukuman sebat itu yang dilaksanakan di atas sebuah pentas khas di hadapan masjid itu dijalankan oleh dua pegawai bertugas yang menutup wajah mereka. Sabaruddin berkata, rakyat Aceh tertarik untuk menyaksiksan hukuman itu. "Sebat lagi ... padan muka anda!'' teriak seorang penduduk yang menyaksikan hukuman itu.

Sabaruddin berkata, Polis Syariah Aceh sebenarnya berlembut dengan pesalah kerana mereka yang menerima hukuman sebanyak lapan sebatan sepatutnya dijatuhi hukaman sembilan rotan, manakala empat yang lain sepatutnya disebat sebanyak lapan kali. Namun, kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama sebulan, hukuman sebat ke atas mereka dikurangkan. Di bawah undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan pada 2003, penduduk Aceh yang didapati bersalah berjudi boleh dijatuhi hukuman rotan sebanyak 12 kali. - AGENSI




.

Pengkritik fesyen terkemuka (Fashion Police), Joan Rivers meninggal dunia



Pengkritik fesyen terkemuka (Fashion Police), Joan Rivers meninggal dunia | SETELAH beberapa hari menggunakan mesin sokongan pernafasan untuk terus hidup, pelawak dan pengkritik fesyen terkemuka, Joan Rivers, 81, akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 September lalu. Dia meninggal dunia di Hospital Mount Sinai, Manhattan, Amerika Syarikat (AS). Pengacara yang cukup terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap pakaian yang dikenakan oleh selebriti itu disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya, Melissa Rivers. "Berat hati untuk mengumumkan kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.17 petang di sisi kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat," ujar Melissa menerusi satu kenyataan.

Melissa turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang terlibat menjaga ibunya sepanjang berada di hospital berkenaan. "Saya dan anak saya, Cooper ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital yang menjaga ibu saya ketika dia sedang terlantar sakit. Kami berasa sungguh rendah diri dengan rasa kasih sayang, sokongan dan doa yang diterima daripada peminatnya. Terima kasih. "Sepanjang hayatnya, ibu saya berasa bahagia apabila melihat orang lain ketawa. Walaupun agak sukar untuk dilakukan pada waktu sebegini, namun saya percaya, harapan terakhirnya ialah mahu melihat gelak ketawa itu muncul kembali," ujarnya lagi.

Joan dikejarkan ke Hospital Mount Sinai setelah mengalami serangan jantung ketika menjalani pembedahan membetulkan kotak suaranya di sebuah klinik di New York, AS pada 28 Ogos lalu. Sejak dimasukkan ke hospital itu, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedarkan diri apatah lagi untuk pulih. Jabatan Kesihatan New York masih menyiasat punca utama yang menyebabkan Joan mengalami serangan jantung ketika sedang melalui prosedur pembedahan pada tekaknya.


Kerjaya dan pembedahan plastik 

Sepanjang hayatnya, Joan merupakan seorang yang kuat bekerja. Wanita yang berasal dari Brooklyn, New York itu memulakan kariernya sebagai pengacara rancangan The Tonight Show Starring Johnny Carson kira-kira 50 tahun yang lalu. "Jika terdapat rahsia untuk menjadi pelawak yang berjaya, apa yang boleh saya katakan ialah cintai apa sahaja yang anda lakukan," tutur Joan menerusi satu temu bual dengan majalah The Hollywood Reporter pada tahun 2012."Itu adalah 'dadah' pilihan saya. Saya tidak memerlukan dadah yang sebenar, saya tidak perlukan minuman keras. Setiap kepuasan yang saya kecapi datangnya daripada momen-momen ketika melakukan persembahan," katanya.

Walaupun kadangkala lawak dan kritikan yang dihamburkan kedengaran cukup keras, namun dia tidak pernah menidakkan obsesinya terhadap pembedahan plastik. "Saya telah melakukan banyak pembedahan plastik. Mungkin jika saya mati nanti, tubuh badan saya akan didermakan kepada Tupperware (jenama bekas makanan plastik)," katanya berseloroh ketika itu. Selain itu, Joan dan anaknya, Melissa merupakan pasangan duo yang sering hadir ke majlis-majlis karpet merah berprestij di Hollywood. Pasangan duo itu terkenal dengan soalan-soalan pedas yang diajukan kepada selebriti.

Antara yang paling popular adalah: "Who are you wearing?" (Apa yang anda pakai?) - yang merujuk kepada nama pereka busana yang dipakai oleh selebriti tersebut. Kemudian, namanya mula dikenali ramai setelah muncul sebagai pengkritik fesyen menerusi rancangan Fashion Police yang disiarkan di saluran hiburan E! bersama Giuliana Rancic, Kelly Osbourne and George Kotsiopoulos pada tahun 2010. Rakan pengacaranya, Giuliana menerusi kemas kini status Facebooknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang kata-kata untuk diucapkan saat menerima perkhabaran sedih itu.

"Tidak ada kata-kata yang mampu untuk menzahirkan rasa kehilangan saya terhadap Joan. Dia merupakan wanita paling lucu dan jujur yang pernah saya kenal. "Jika saya mengalami hari yang murung, dia mampu untuk menceriakan saya," ujar Giuliana yang sudah hampir 13 tahun bekerja dengan Joan. Pada masa yang sama, Kelly Osbourne turut melahirkan rasa sedihnya atas kehilangan Joan. Kelly berkata: "Saya berasa sangat sedih atas kematian Joan. Walaupun dia merupakan bos saya, namun saya sering menganggapnya seperti seorang guru, juruterapi, kawan rapat dan nenek. Saya tidak akan melupakannya." Majlis pengebumian Joan telah berlangsung pada Ahad lalu di Kuil Emanu-El, New York, AS. -AP



P/S - Lulu teringat dialah yang pernah bercakap bahawa Palestine memang wajar 'mati' kerana merekalah yang memulakan peperangan.. [ENTRI]




.

Ritual aneh dan menyeramkan ini memang diamalkan di kampung itu



Ritual aneh dan menyeramkan ini memang diamalkan di kampung itu | Satu ritual dinamakan MaiNene atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos. Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia. Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan.


Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik. Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan. Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi




.

Sedih.. Wanita ini buta kerana sering menangis teringatkan arwah ibu yang meninggal 18 tahun yang lalu



Sedih.. Wanita ini buta kerana sering menangis teringatkan arwah ibu yang meninggal 18 tahun yang lalu | “Fatimah buta kedua-dua matanya akibat sering menangis apabila teringatkan arwah ibunya yang meninggal dunia 18 tahun lalu,” kata Asmah Salleh, 59, menceritakan kisah hidup sepupunya, Fatimah Sulaiman, 71, yang buta kedua-dua belah mata sejak 10 tahun lalu. Menurutnya, Fatimah sering termenung dan kemurungan sehingga jatuh sakit akibat teringatkan arwah ibunya dan kesannya 10 tahun lalu, matanya tidak mampu lagi melihat.

 “Akibatnya keseluruhan kehidupannya berubah selepas tidak lagi mampu melihat seperti sebelumnya dan hanya bergantung hidup kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Ladang Sahat, di sini, semalam. Menurutnya, walaupun buta, namun sepupunya itu mampu menguruskan diri sendiri dan dia hanya membantu menyediakan makanan harian sahaja kepada warga emas berkenaan. “Fatimah tinggal bersendirian bersebelahan rumah saya, namun bagi menjamin keselamatannya, saya terpaksa mengunci rumah berkenaan. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!