Thursday, September 25, 2014

Inilah antara tanda-tanda digigit seekor labah-labah


Inilah antara tanda-tanda digigit seekor labah-labah | SEORANG wanita, Julie Roberts, 42, dikejarkan ke hospital selepas digigit seekor labah-labah pada Rabu. Julie tidak dapat berjalan dan diberikan antibiotik selepas digigit seekor labah-labah ketika menghadiri majlis BBQ di rumah rakannya. Mangsa pernah ditahan di hospital selama dua hari pada tahun lalu selepas digigit seekor labah-labah di rumahnya di Hull, Timur Yorkshire, tahun lalu.


"Ia adalah satu pengalaman yang ngeri dan menakutkan," kata ibu kepada empat orang anak itu. Jelas Julie, kakinya mula membengkak dan bertukar kemerah-merahan sebelum dimasukkan ke Hull Royal Infirmary selama enam hari. -AP




.

Ibu bunuh bayi yang baru dilahirkan dan simpan dalam peti sejuk untuk pemujaan



Ibu bunuh bayi yang baru dilahirkan dan simpan dalam peti sejuk untuk pemujaan | Sebuah mahkamah di bandar Seville di sini, menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun terhadap seorang wanita kerana membunuh bayi yang baharu dilahirkan dan menyimpan mayat tersebut di dalam peti sejuk. Wanita tersebut Sara Lopez Hernandez, 37, bagaimanapun menafikan tuduhan membunuh bayi tersebut tetapi mengaku menjadikan bayi tersebut sebagai objek pemujaan, kata peguamnya, Manuel Caballero. Hernandez dihadapkan ke mahkamah selepas suaminya mendapati terdapat seorang bayi dalam peti sejuk di rumahnya berhampiran Seville pada tahun 2012, dan bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi itu meninggal dunia akibat lemas. - AFP




.

Kisah remaja yang terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit seperti ular



Kisah remaja yang terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit seperti ular | Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular. Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa. Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit. Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.

“Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala,” katanya. Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean. Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya. Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak. “Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.

 “Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan,” katanya. Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu. “Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya. “Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain,” katanya. Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. -AP




.

Pelakon Aeril Zafrel, isteri Wawa Zainal mengaku bersalah di mahkamah



Pelakon Aeril Zafrel, isteri Wawa Zainal mengaku bersalah di mahkamah | Pelakon Aeril Zafrel dan isterinya, pelakon Wawa Zainal hari ini dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini masing-masing atas tuduhan bernikah dan bersubahat melakukan upacara itu tanpa mendapat kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Selangor. Mereka berdua mengaku bersalah atas tuduhan tersebut yang dilakukan di rumah No. 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun di sini pada pukul 8 malam, 25 Februari 2012. Aeril Zafrel didenda RM1,000 atau penjara dua bulan manakala Wawa didenda RM800 atau penjara 40 hari. - Utusan




.

Penemuan mengejutkan, mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun dalam keadaan mengerikan



Penemuan mengejutkan, mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun dalam keadaan mengerikan | Polis semalam menemui mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang sudah dikerat dan diletakkan dalam beberapa beg plastik berhampiran rumahnya. Ujian DNA mengesahkan anggota tubuh berkenaan milik Mirei Ikuta yang hilang di Kobe, barat Jepun, 11 September lalu. Menurut laporan media semalam, anggota polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun untuk disoalsiasat. Jepun mempunyai kadar jenayah paling rendah dan jenayah ganas amat jarang berlaku.

Sudah menjadi perkara biasa bagi seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjalan pulang sendiri dari sekolah, walaupun di bandar besar. Usaha secara besar-besaran dilancarkan untuk mencari Mirei selepas dia tidak pulang dua minggu lalu. Langkah berkenaan gagal sehinggalah beberapa beg plastik berbau busuk ditemui di kawasan semak kira-kira 100 meter daripada kediaman kanak-kanak itu ditemui, semalam. Plastik berkenaan mengandungi kepala, bahagian perut dan tangan serta kaki, kata jurucakap polis. Beberapa lagi anggota tubuh mangsa masih belum ditemui. - Agensi




.

Subhanallah.. Penemuan kalimah Allah pada kulit telur



Subhanallah.. Penemuan kalimah Allah pada kulit telur | Seorang peniaga roti bakar dan telur terkejut apabila menemui perkataan menyerupai kalimah Allah SWT ketika anak lelakinya sedang membasuh telur untuk digunakan bagi perniagaannya di Gelugor di sini, semalam. Ibu tunggal, Nor Hamimi Abdul Kadir, 53, berkata, kejadian disedari kira-kira jam 10 pagi ketika anak sulungnya Mohd Nor Nizam Shahidan, 25, sedang membasuh dan membuang kotoran pada kulit telur yang dibeli dari sebuah kedai runcit beberapa hari lalu. “Anak lelaki saya pada mulanya tidak percaya melihat tulisan yang dikatakan seperti kalimah Allah itu sebelum menunjukkan kepada beberapa pelanggan untuk mendapatkan kepastian dan diberitahu ia menyerupai kalimah Allah.

“Dia mencuci beberapa kali, namun tidak dapat memadamkan tulisan berkenaan dan ia kalimah itu terus kekal pada kulit telur itu. “Kami sekeluarga bagai tidak percaya apabila melihat dan menemui kalimah Allah pada telur ayam, biarpun sebelum ini ada mendengar dan membaca di akhbar mengenai pelbagai kisah orang ramai melihat kalimah Allah termasuk pada cuping telinga bayi. “Syukur kepada Allah SWT apabila kami sekeluarga dikurniakan anugerah yang dianggap cukup istimewa ini,” katanya. -Metro



.

Sukan Asean : Skuad wanita Qatar tarik diri kerana hijab


Sukan Asean : Skuad wanita Qatar tarik diri kerana hijab | Skuad bola keranjang wanita Qatar menarik diri daripada kejohanan di Sukan Asia di sini, pada saat-saat terakhir gara-gara peraturan yang melarang mereka memakai hijab ketika beraksi di gelanggang. Pegawai dari Qatar berkata peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) yang melarang atlet wanita memakai tudung bermain sesungguhnya sudah bertentangan dengan prinsip Olimpik. Hampir separuh daripada skuad Qatar memakai hijab dan mereka dijadualkan bertemu Mongolia dalam perlawanan kelayakan di sini, semalam.

"FIBA tak benarkan pemain kami yang bertudung untuk bermain. Jadi kami terpaksa menarik diri daripada kejohanan di sini," kata ketua jawatankuasa sukan wanita Qatar, Ahlam Al Mana. "Apa yang berlaku hari ini adalah bertentangan dengan matlamat IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) yang bermaksud membabitkan negara daripada budaya berbeza dan juga slogan Sukan Asia di Incheon yang menyebut 'Diversity Shines here'."

Al Mana berkata Qatar sudah tahu akan larangan itu terlebih dahulu tetapi berharap dapat memujuk FIBA mengubah pendiriannya. Dia menambah, pasukan dari negara lain yang terbabit dengan larangan itu tidak hadir pada temasya di Korea Selatan. Tidak ada sebarang komen segera diperoleh daripada FIBA atau OCA. Bola sepak adalah antara sukan yang kini membenarkan atlet wanita memakai tudung mengikut agama berikutan perubahan peraturan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - AFP




.

Maut dalam kemalangan yang mengerikan..



Maut dalam kemalangan yang mengerikan.. | Seorang juruteknik sebuah syarikat pengangkutan maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar dan diseret sejauh 10 meter oleh sebuah treler di Lingkaran Luar Butterworth-Kulim di sini, hari ini. Mangsa, Daud Rabaie, 47, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian pada jam 4.30 petang.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia turut menunggang motosikal dan berada di belakang mangsa sebelum sebuah treler dari arah sama memasuki laluan mangsa dan melanggarnya. "Mangsa diheret sejauh 10 meter sebelum pemandu treler itu melarikan diri ke arah Dermaga Dalam," katanya. Menurutnya, dia menghubungi syarikat tempat mangsa bekerja selepas melihat pakaian seragam mangsa. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!