Monday, September 29, 2014

Punca MASwings Gantung Laluan Kuching-Bandar Seri Begawan



Punca MASwings Gantung Laluan Kuching-Bandar Seri Begawan | MASwings menggantung operasi penerbangan dari Kuching ke Bandar Seri Begawan melalui Mulu berkuat kuasa 26 Oktober ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Ritzerwan Rashid berkata keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi berterusan syarikat penerbangan tersebut. Katanya, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kota Kinabalu itu akan memberi tumpuan untuk mengembangkan laluan domestik yang merupakan pasaran utamanya. Syarikat tersebut menghentikan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa ke Selatan Filipina pada 1 September lalu.

"MASwings sentiasa mengkaji strategi rangkaian untuk memenuhi kehendak pasaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Sarawak. "MASwing juga komited untuk menjadi syarikat penerbangan pilihan pertama penumpang untuk sampai ke destinasi di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, menyediakan perkhidmatan mengikut kehendak pasaran amat penting," kata Kapten Ritzerwan. -Mstar



.

Penemuan mengejutkan, mayat pekerja kilang dawai ditemui dalam keadaan disarung dengan guni dan ditindih dengan dawai



Seorang pekerja kilang dawai ditemui mati dalam keadaan disarung dengan guni dan ditindih dengan dawai dalam kejadian di stor kilang berkenaan di Jalan Bukit Kemuning, kira-kira jam 6.30 petang semalam. Lelaki warga Bangladesh berusia lewat 20-an terbabit dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di bawah timbunan dawai berkenaan. Jurucakap polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh majikan mangsa yang dihubungi pekerjanya yang lain selepas terhidu bau busuk dari bahagian dalam stor berkenaan kira-kira 11 malam tadi.

"Mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan dengan rakan sekerjanya sebelum dibunuh dan berdasarkan keadaan mayat, kita percaya mangsa sudah mati lebih daripada 24 jam. "Polis kemudian menahan tujuh rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -Metro




.

Mayat kanak-kanak 5 tahun dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak



Mayat kanak-kanak 5 tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak | Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh ditemui dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui selepas pemeriksaan oleh sepasukan polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan. "Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

Remaja menemui sesuatu yang luar biasa pada pisang yang bakal di makannya



Remaja menemui sesuatu yang luar biasa pada pisang yang bakal di makannya | Seorang remaja terkejut selepas mendapati pisang yang bakal menjadi santapan paginya mengandungi sekurang-kurangnya 80 labah-labah kecil di dalamnya. Hannah John, 17, dikatakan membawa pisang tersebut sebagai bekalannya dari rumah ke sekolah. Menurut laporan Metro, gadis tersebut akan mengambil pisang tersebut sebagai salah satu snek sihat semasa di dalam kelas.

Namun dia terkejut lantas menjerit sebaik sahaja mendapati bahagian dalam pisang tersebut dipenuhi labah-labah. “Saya bawa pisang itu ke sekolah untuk sarapan pagi, tapi saya ternampak makhluk kecil dalam pisang itu,” katanya. Jelasnya lagi melalui portal tersebut, terdapat satu lubang kecil pada pisang itu dan 80 labah-labah kecil hidup di dalamnya. -Mirror



.

Pelik!! Lelaki culik kanak-kanak dengan niat membesarkannya untuk dijadikan isteri


Pelik!! Lelaki culik kanak-kanak dengan niat membesarkannya untuk dijadikan isteri | Seorang lelaki yang mendakwa disisihkan oleh wanita, menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun untuk membesarkannya sebelum dijadikan isteri. Lelaki itu dilapor menculik kanak-kanak berkenaan minggu lalu ketika keluarga mangsa tidur. Dia kemudian menyembunyikan kanak-kanak itu di hutan di Wellawa dan memberikannya makanan yang dicuri dari rumah jirannya. Selepas mendapati sukar untuk berbuat demikian, lelaki itu membawa pulang kanak-kanak berkenaan ke rumahnya dan menyorok mangsa di bawah katil.

Dia dilapor mengikat mulut kanak-kanak itu untuk memastikan dia tidak menjerit. Perbuatan lelaki itu terbongkar apabila abangnya yang tinggal di sebelah rumahnya, terserempak dengan kanak-kanak itu. Apabila dia menyoal suspek mengenai kanak-kanak itu, lelaki berkenaan bertindak menikam abangnya. Bagaimanapun, si abang berjaya menangkap lelaki itu dan menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum membuat laporan polis. Sementara itu, suspek sempat melarikan diri sebelum polis tiba.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dibelasah sebelum polis mengambil keputusan untuk campur tangan. Lelaki itu sebelum ini dipercayai menculik tiga kanak-kanak lain dengan tujuan yang sama. Mangsa dihantar menjalani permeriksaan di hospital tetapi disahkan tidak diapa-apakan. Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku kepada polis dia menculik kanak-kanak berkenaan bukan untuk dibunuh, sebaliknya untuk memelihara dan membesarkan mangsa untuk dijadikan isteri kerana selama ini tidak ada wanita yang sudi menerimanya menjadi suami.-AFP




.

Lelaki sanggup potong kaki untuk selamatkan diri


Lelaki sanggup potong kaki untuk selamatkan diri | Seorang lelaki sanggup membenarkan kakinya dipotong selepas dia terperangkap di celah batu di sebuah gunung selama lebih 50 jam. Tsenolo Shadrack Rasello berusaha mencari air di gunung Magaliesber di sini awal Jumaat lalu. Namun, selepas kakinya tersekat di celah batu, dia menelefon pasukan penyelamat dengan mengguna telefon bimbit. Mereka cuba menariknya keluar dengan memecahkan batu dan mengguna pelincir. Bagaimanapun, semalam, pasukan itu semakin bimbang mengenai kesihatan mangsa selepas dia terperangkap selama lebih 50 jam dan mengambil keputusan memotong kakinya.

Ketua pasukan penyelamat berkata, dia terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu mengenai keputusan itu kerana sudah tidak ada jalan lain untuk menyelamatkannya. Bagaimanapun, Rasello, 26, memahami keadaan itu dan dilapor berkata: “Begini, jika anda perlu memotong kaki saya, potonglah, asalkan saya dapat keluar dari sini.” Kejadian itu hampir sama dengan peristiwa yang menimpa Aron Ralston yang memotong sendiri tangannya dengan pisau lipat selepas ia tersekat selama 127 jam di celah batu di Utah, Amerika Syarikat pada 2003.- Agensi




.

Lelaki maut dipukul orang awam kerana curi telefon



Lelaki maut dipukul orang awam kerana curi telefon | Seorang lelaki maut selepas sehari dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) akibat dipukul orang awam kerana dipercayai mencuri telefon bimbit. Dalam kejadian petang Jumaat lalu di Taman Sejahtera di sini, Oi Sim Guan, 38, dihantar ke HBM oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas tidak sedarkan diri akibat dipukul. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asistan Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mangsa mengalami bengkak di badan dan tidak sedarkan diri. "Mangsa disahkan meninggal duniajam 12.40 tengah malam tadi selepas sehari bertarung nyawa," katanya. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.8 -Metro




.

[Gambar] Bas bawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbabas, 2 parah 9 cedera


[Gambar] Bas bawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbabas, 2 parah 9 cedera | Sebuah bas membawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terbabas melintangi longkang di Jalan Sungai Tua, di sini, selepas bas berkenaan dipercayai mengalami masalah brek, petang semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, bas yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari Hutan Lipur Ulu Yam dikatakan hilang kawalan ketika menuruni jalan curam sebelum ia terbabit terbabas. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad bagaimanapun berkata, tiada mangsa yang terkorban tetapi dua pelajar wanita dilaporkan cedera parah manakala sembilan lagi cedera ringan.


Menurutnya, seorang pelajar dikejarkan ke Hospital Selayang manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.“Selain dua mangsa itu yang cedera parah serta cedera ringan itu, semua pelajar lain berusia antara 20 hingga 25 tahun dilaporkan selamat,” katanya yang ditemui di tempat kejadian. Katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu bas berusia 44 tahun dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan. -Metro



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!