Monday, October 20, 2014

Wanita terpaksa bersalin di kaki lima hospital kerana tidak dibenarkan masuk



Wanita terpaksa bersalin di kaki lima hospital kerana tidak dibenarkan masuk | Seorang wanita terpaksa bersalin di kaki lima selepas dia tidak dibenarkan memasuki sebuah hospital tempatan. Menurut laporan Al-Arabiya, rakaman video wanita terbabit tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Dalam video itu menunjukkan seorang wanita bersalin di atas lantai sambil ahli keluarganya memarahi kakitangan hospital berkenaan. Sementara itu, pegawai kementerian kesihatan menafikan dakwaan tersebut sambil menegaskan kertas siasatan akan dibuka bagi menyiasat insiden tersebut. -AP



.

Pelajar saman kerajaan kerana kebocoran soalan UPSR



Pelajar saman kerajaan kerana kebocoran soalan UPSR | Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran. K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan, Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates. Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 itu berkata, defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan. Katanya, defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober. Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR. Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu. -Awani




.

Bomoh ditahan polis kerana rogol pesakit dan dibantu oleh 2 isterinya



Bomoh ditahan polis kerana rogol pesakit dan dibantu oleh 2 isterinya | Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya. Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat. Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di rumah sama di Amroli. “Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya. Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang. Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.

Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari. “Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan. “Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam. Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan. Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. - Agensi



.

Pemain bola sepak meninggal dunia selepas tercedera tulang belakang ketika perlawanan



Pemain bola sepak meninggal dunia selepas tercedera tulang belakang ketika perlawanan | Seorang pemain bola sepak muda meninggal dunia di bahagian timur laut India selepas tercedera tulang belakang ketika menyambut gol dijaringkan olehnya, menurut laporan akhbar, hari ini. Peter Biaksangzuala, 23, terjatuh ke belakang atas kepalanya selepas dia membuat gelagat tunggang terbalik beberapa kali sebaik menjaringkan gol untuk pasukannya dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu, menurut Times of India.

Ketika dia terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak ke atasnya untuk menyambut bersama gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk pemain itu. Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital. Biaksangzuala meninggal dunia, semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakang yang tercedera itu. Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan di ibu kota Aizawl bahawa pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia. "Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti," kata Hmar. - AP



.

Penumpang pesawat Singapore Airline cedera selepas pesawat itu alami masalah



Penumpang pesawat Singapore Airline cedera selepas pesawat itu alami masalah | Seramai lapan orang penumpang dan 14 anak kapal Singapore Airlines (SIA) mengalami kecederaan selepas SIA Flight 424 mengalami masalah pergolakan udara. Pesawat Airbus A380 yang membawa 408 penumpang dan 25 orang anak kapal itu berlepas dari Singapura menuju ke Mumbai. Perkembangan mengenai kesemua 22 orang yang tercedera itu belum diketahui, namun mereka telah menerima rawatan selepas pesawat itu mendarat di Mumbai. Menurut jurucakap SIA: "Kami mengambil perhatian segera kepada kesemua penumpang dan anak kapal. Singapore Airlines akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak berkuasa melakukan siasatan." -AP




.

Subhanallah, haiwan juga punya kebolehan bekerjasama secara berpasukan



Subhanallah, haiwan juga punya kebolehan bekerjasama secara berpasukan | BUKAN sahaja manusia, bahkan haiwan pun boleh tunjukkan sifat kerjasama berpasukan. Dalam sebuah video yang dipaparkan melalui portal Metro.co.uk, kita dapat menyaksikan komunikasi hebat antara dua ekor anjing dalam membantu satu sama lain. Melalui paparan video itu, kelihatan seekor anjing mengigit ekor anjing yang lain bagi mengelakkan ia tergelincir ke dalam kolam renang ketika bergelut mencapai bola yang berada di permukaan air. Akhirnya bola tersebut berjaya diperoleh dan anjing itu tidak terjatuh ke dalam kolam renang. Kedua ekor anjing tersebut merupakan binatang peliharaan yang dikenali sebagai ‘shaggy dogs’. Video tersebut dikatakan menjadi popular untuk seketika dan dikongsikan oleh 3,700 pengunjung laman berkenaan setakat ini. -AP




.

Adik mengamuk tetak abang ipar hingga parah kerana marah kakak



Adik mengamuk tetak abang ipar hingga parah kerana marah kakak | Seorang lelaki lingkungan 40-an yang berlumuran darah terpaksa berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya, dalam kejadian di Kampung Permatang Pauh, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa parah selepas ditetak di kepala, badan dan tangan sebelum dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) dengan bantuan jirannya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan petang semalam kerana kehilangan banyak darah sebelum menerima lebih 20 jahitan.

 Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Yahaya Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai bertengkar dengan isterinya berpunca daripada masalah rumah tangga sebelum suspek menegur pasangan itu. Bagaimanapun, suspek dikatakan gagal mengawal kemarahan selepas melihat kakak kandungnya terus dimarahi oleh abang ipar sebelum masuk ke dalam sebuah bilik di rumah itu dan mengambil parang panjang. Katanya, suspek kemudian menetak mangsa di kepala mangsa, badan dan tangan.

“Mangsa yang parah selepas gagal mengelak menggagahkan diri sebelum berlari ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan. “Mangsa kemudian dikejarkan ke HTAA bagi mendapatkan rawatan selepas kehilangan banyak darah,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebelum menahan suspek berusia 35 tahun bersama sebilah parang panjang yang digunakan ketika menetak mangsa. Katanya, siasatan awal mendapati, suspek sudah dua kali ditahan di Wad Dahlia HTAA Kuantan bagi mendapatkan rawatan mental. Yahaya berkata, sehingga kini, mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri. “Suspek ditahan reman di Balai Polis Pekan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!