Saturday, November 22, 2014

Kenali Jenya Bolotov yang punya keinginan pelik dan berbeza daripada orang lain



Kenali Jenya Bolotov yang punya keinginan pelik dan berbeza daripada orang lain | Seorang fanatik seni ubah suai tubuh menghabiskan tujuh tahun untuk mengubah dirinya menjadi platipus. Jenya Bolotov merenggangkan lapan bahagian mukanya kerana mahu kelihatan seperti mamalia seperti itu dan mengatakan 'inilah yang saya sentiasa inginkan.' "Secara zahirnya, saya sekarang adalah platipus. Dalamannya pula saya lebih kepada seekor burung. Mereka adalah semangat saya dan inilah yang sering muncul dalam mimpi saya," katanya.


Antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuklah membuat lubang pada kedua-dua sisi hidungnya, memasang palam gergasi pada bibir untuk dijadikan paruh, memasukkan lubang ke dalam septum dan merenggangkan telinga ke paras bahu. Dia yang masih bujang itu berkata: "Saya suka platipus, rupa haiwan itu dan juga perkataan 'platipus' itu sendiri.-Agensi




.

Wanita nekad gali kubur suami dan bawa lari mayat kerana tidak setuju lokasi pengebumian



Wanita nekad gali kubur suami dan bawa lari mayat kerana tidak setuju lokasi pengebumian  | Seorang wanita berusia 60 tahun menggali semula mayat suaminya sebelum cuba membawanya bersama ketika memandu melintas sempadan. Suaminya itu dipercayai dikebumi di tanah keluarganya di Bosnia, namun wanita itu bertengkar dengan mentua dan iparnya menyebabkan dia cuba membawa mayat itu ke rumahnya di Montenegro.

Pemandu lain melaporkan kepada polis selepas melihat wanita itu meninggalkan keranda suaminya di tepi jalan dan meletakkan mayat di tempat duduk sebelah pemandu. Difahamkan, dia merancang memberitahu pengawal di sempadan bahawa suaminya sedang tidur. Malangnya, dia ditahan pengawal sempadan hanya beberapa kilometer selepas itu. Wanita itu berkata dia berhak membawa pulang mayat itu, namun dia tetap didakwa kerana menggali mayat tanpa kebenaran pihak berkuasa. - Agensi




.

Terlampau kreatif? 2 lelaki Ditahan Conteng Tren..



Terlampau kreatif? 2 lelaki Ditahan Conteng Tren.. | Gara-gara perbuatan vandalisme, polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan dalam kes yang melibatkan tren SMRT di Depoh Bishan di sini. Suspek, kedua-duanya berumur 21 tahun, dikesan berada di Malaysia, hasil bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP). Kedua-dua suspek kemudian diekstradisi ke Singapura pada Jumaat pagi, dan akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu bagi pertuduhan melakukan vandalisme dan menceroboh kawasan larangan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tan Chye Hee mengucapkan terima kasih kepada PDRM dan RTP atas bantuan mereka sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek. Pada 8 November lalu, kira-kira 6.40 pagi, polis dimaklumkan gerabak sebuah tren SMRT yang diletakkan di Depoh Bishan telah diconteng menggunakan cat semburan. -AP





.

Ibu kejam kurung 4 anak selama 6 bulan dengan niat untuk biarkan mereka kebuluran hingga mati



Ibu kejam kurung 4 anak selama 6 bulan dengan niat untuk biarkan mereka kebuluran hingga mati | SEORANG wanita di Amerika Syarikat sanggup bertindak kejam mengurung empat anaknya selama enam bulan dengan niat untuk membiarkan mereka kebuluran hingga mati. Ronika Bell, 28, dan kekasihnya, Deron Cuthbertson, 31, dari North Carolina diberkas pihak berkuasa Charlotte-Mecklenburg selepas disyaki melakukan penderaan terhadap kesemua kanak-kanak itu yang berumur enam hingga 10 tahun. Perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka terbongkar selepas keempat-empat mangsa diserahkan kepada bapa mereka, Joshua Bell di Florida, September lalu.

"Mereka kelihatan sangat cengkung dan tidak bermaya hingga terpaksa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Saya terus membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki mereka telah didera," katanya. Susulan daripada itu, Bell dan Cutherbertson telah didakwa atas empat pertuduhan dan dikenakan bon AS$75,000 (RM250,000) untuk setiap dakwaan tersebut. Keadaan kesihatan kesemua adik beradik tersebut dilaporkan bertambah baik dan mereka kini diletakkan di bawah jagaan bapa mereka. -DM




.

Rakaman video adik beradik didenda bapa dengan cat kerana terlalu nakal jadi popular di internet



Rakaman video adik beradik didenda bapa dengan cat kerana terlalu nakal jadi popular di internet | Rakaman video pasangan adik-beradik didenda bapanya kerana terlalu nakal dengan mewarnakan keseluruhan wajah mereka menggunakan cat menjadi popular internet. Video menunjukkan bapa kanak-kanak tersebut meletakkan kedua-dua anak lelakinya itu di dalam sebuah bilik mandi dan memarahi mereka kerana terlalu nakal. Bagaimanapun, keadaan muka kedua-dua mereka yang comot menyebabkan bapa tersebut akhirnya mentertawakan anak-anaknya.

Video berdurasi empat minit 37 saat itu telah mendapat tontonan hampir 800,000 kali selepas dua hari dimuat naik dilaman perkongsian video YouTube. Menurut seorang pengguna laman tersebut, Kelly Goodacre, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu kelihatan comel dan lucu ketika masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain akibat dimarahi. “Meraka sungguh comel dan kelakar sehinggakan saya ketawa tanpa henti melihat rakaman tersebut,” jelasnya. Beberapa pengguna lain turut mengakui rakaman tersebut terlalu lucu dan percaya tindakan lelaki terbabit mampu mendisiplinkan kedua-dua anaknya. – Agensi



.

Lelaki digelar penyamun bodoh kerana curi komputer yang disangka peti besi di sebuah bank


Polis di bandar Al Ain menahan tiga lelaki Bangladesh yang digelar ‘penyamun bodoh’ kerana mencuri komputer yang disangka peti besi di sebuah bank selepas menyamar sebagai wanita. Ketua polis Al Ain Brigadier Hamad Ajlan Al Amimi berkata, tiga lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Habib, 31, Mohammed M, 31, dan Mohammed G, 34, ditahan hampir 10 jam selepas memasuki bank itu dengan memakai abaya serta niqab. “Tiga lelaki bodoh itu mencuri komputer yang mengandungi nama semua pelanggan bank semata-mata kerana menyangka ia peti besi. Akibatnya, mereka menunggu masa untuk dibicarakan,” katanya. Menurutnya, selepas berjaya mengalihkan perhatian pekerja bank, tiga lelaki itu melarikan diri dengan komputer yang disangka peti besi berisi wang. - Agensi




.

Penunggang motorsikal maut dalam kemalangan ngeri digilis treler dekat plaza Tol Sg. Besi



Penunggang motorsikal maut dalam kemalangan ngeri digilis treler dekat plaza Tol Sg. Besi | Mengerikan apabila seorang penunggang motosikal berkecai kepalanya selepas digilis treler berhampiran plaza Tol Sungai Besi di sini. Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam kelmarin, mangsa, R.Parthasarathi, 22, tidak menggunakan laluan motosikal ketika melalui plaza tol menyebabkan dia maut dilanggar kenderaan berat itu. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, lori yang dipandu mangsa itu dalam perjalanan ke Melaka.

Menurutnya, pemandu treler itu bagaimanapun hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa pemandu lain di lorong kanan jalan membunyikan hon. “Pemandu treler itu berhenti untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki terbaring di tayar belakang lori berkenaan. “Mangsa ketika itu sudah mati tidak jauh dari motosikal yang ditunggang,” katanya. Beliau berkata, ambulans yang tiba di lokasi kejadian membawa mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. “Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya. -Metro




.

Fenomena aneh.. Ratusan kerang terdampar di pesisir pantai


Fenomena aneh.. Ratusan kerang terdampar di pesisir pantai | Musim tengkujuh yang melanda negeri ini memberi rezeki kepada orang ramai apabila ratusan kerang terdampar di pesisir pantai terutama daerah ini. Bahkan, imej-imej pegun kerang berkenaan telah menjadi 'viral' di laman sosial dan WhatsApp sejak petang semalam. Difahamkan, lambakan kerang berkenaan ditemui penduduk sejak kira-kira pukul 2 petang di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu. Selain memungut kerang yang terdampar di pantai, penduduk juga kelihatan mengambil kesempatan menggunakan jaring ikan di dalam air.


Sebilangan penduduk menyifatkan fenomena yang jarang berlaku itu kesan daripada berakhirnya hujan lebat dan arus sungai yang deras menerjah muara setelah paras sungai meningkat. Seorang penduduk setempat Abdullah Ali, 49, percaya kerang yang biasanya membiak di muara sungai dan laut cetek dengan pengaruh air payau dipaksa keluar selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai dua kampung berkenaan.


 "Kita lihat banyak yang ditemui di sepanjang pantai ini tentunya dari sekitar muara dua buah sungai yang terletak Kuala Ibai dan pekan Marang," ujarnya. Bagaimanapun, punca sebenar kerang yang memenuhi pantai tetap menjadi misteri bagi penduduk setempat. Dalam pada itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Zaid Mohd. Nor @ Mat Nor mengesahkan kejadian berkenaan. "Saya mendapat maklumat daripada kakitangan terdapat banyak kerang naik sejak pagi semalam," katanya. - Kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!