Friday, November 28, 2014

Satu-satunya Pemain Bola Sepak Yang Cedera 19 Kali Sepanjang 21 Bulan



Satu-satunya Pemain Bola Sepak Yang Cedera 19 Kali Sepanjang 21 Bulan  | SEBANYAK 19 kali cedera sepanjang 21 bulan beraksi. Itu jumlah yang direkodkan Jack Wilshere untuk ditinggalkan sebagai kenangan jika meninggal Arsenal satu hari nanti. Kecederaan terakhir dicatatkan pemain terbabit ialah ketika mewakili Arsenal menentang Manchester United Sabtu lalu. Akibat kecederaan buku lali dalam perlawanan itu, Wilshere dilapor terpaksa direhatkan selama tiga bulan. Pemain England itu kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan di pergelangan kaki.


Dia yang tidak akan bersama Arsenal sehingga pertengahan Februari berkata," buku lali akhirnya terpaksa dibedah, terima kasih kepada James Calder yang telah bekerja keras." "Anda perlu yakin dan berani bahawa anda boleh melakukan yang terbaik. Jika ada pihak meletakkan anda di bawah dan mengkritik, percayalah pada diri sendiri dan ubahnya menjadi positif." -AP




.

[Gambar] Kambing biri-biri `banjiri’ menara Eiffel Tower



[Gambar] Kambing biri-biri `banjiri’ menara Eiffel Tower | Petani Perancis membanjiri menara Eiffel Tower semalam dengan membawa kambing biri-biri bagi menyatakan rasa kecewa mereka terhadap peningkatan serangan serigala yang dakwa mereka `terlebih dilindungi’ oleh kerajaan. ``Hari ini petani, esok menganggur,’’ tulis satu kain rentang yang dibawa penunjuk perasaan dengan seorang daripada peserta turut berpakaian seperti seekor serigala membawa seekor kambing. Bagaimanapun, petani tidak sendirian kerana aktivis hak asasi haiwan yang meminta serigala itu dilindungi turut hadir di bangunan tersebut. - AFP




.

Ini betul-betul rare.. Penumpang kapal terbang terpaksa tolak pesawat, selepas brek membeku akibat cuaca



Ini betul-betul rare.. Penumpang kapal terbang terpaksa tolak pesawat, selepas brek membeku akibat cuaca | Aksi penumpang kereta yang terpaksa menolak kenderaan yang dinaiki mereka selepas terkandas dalam pasir, mungkin satu perkara biasa yang sering kita lihat. Bagaimanapun, sekumpulan penumpang kapal terbang di kawasan Artik berdepan cabaran lebih ekstrem apabila terpaksa menolak pesawat yang bakal mereka naiki, selepas bahagian brek kapal terbang itu membeku akibat cuaca sejuk melampau. Mail Online melaporkan, 70 orang penumpang terpaksa menolak kapal terbang milik syarikat penerbangan UTair di Lapangan Terbang Igarka, gara-gara breknya gagal berfungsi dengan baik akibat suhu rendah -54 darjah Celcius.

Kesemua penumpang mengambil keputusan untuk menolak kapal terbang jenis Tupolev 134 dengan berat mencecah 30 tan itu kerana bimbang mereka lewat tiba ke destinasi yang dituju iaitu bandar Krasnoyarsk. Penumpang yang terdiri daripada pekerja lombong minyak dan gas menolak kapal terbang itu ke arah belakang untuk membolehkan breknya kembali berfungsi.


 “Sambil menolak mereka menjerit ‘cepat, tolak bersama-sama, lelaki tulen bukan sahaja boleh membina rumah dan bercucuk tanam tetapi juga boleh menolak kapal terbang’,” jerit salah seorang penumpang itu, seprti dilaporkan sumber kepada akhbar The Siberian Times. Masalah itu dipercayai berpunca daripada penggunaan minyak brek yang tidak mampu menampung cuaca di bawah paras beku di kawasan kutub. Pengarah Katekavia, syarikat yang menjalinkan kerjasama de­ngan syarikat penerbangan UTair berkata, Vladimir Artemenko ber­kata, suhu persekitaran merupakan punca utama brek membeku dan kapal terbang Tupolev 134 pada asasnya tidak mengalami sebarang masalah teknikal.-AP




.

Walaupun dengan status hartawan, lelaki ini tetap tidak lupa diri


Walaupun dengan status hartawan, lelaki ini tetap tidak lupa diri | Dengan kekayaan dimiliki, seorang hartawan budiman Xinyu meranapkan kawasan petempatan miskin yang pernah menjadi tempatnya membesar dan membina kediaman mewah di situ. Tidak seperti biasa, tindakan Xiong Shuihua itu langsung tidak mendapat bantahan atau menaikkan kemarahan sesiapa.


Xiong, 54, kemudian menghadiahkan rumah berkenaan kepada penduduk Kampung Xiongkeng yang selama ini membantunya menjadi seorang ahli perniagaan berjaya. Kata Xiong, dia ingin membalas jasa penduduk kampung yang menyokong keluarganya. Selepas menamatkan pengajian Xiong menyertai sektor perniagaan dengan menceburi industri besi. -AP




.

Sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi berjaya dihasilkan



Sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi berjaya dihasilkan | Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi. Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros. Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas. Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.

Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung. Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan. “Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat. “Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya. -AP




.

Menantu hantu dan panas baran, kejam pada bapa mertua



Menantu hantu dan panas baran, kejam pada bapa mertua | Berang bapa mentuanya tidak membeli barangan keperluan termasuk beras dan rokok, seorang lelaki berusia 20-an memukul mangsa menggunakan cota sebelum menyimbah air panas dalam kejadian di Batu 18 1/4, Ayer Hitam, dekat sini, kelmarin. Lebih kejam, suspek yang tidak bekerja itu sanggup membiarkan Mohd Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula itu menanggung kesakitan dalam keadaan kepala berlumuran darah dan melecur di badan selepas dia meninggalkan rumah bersama isteri dan dua anaknya dengan menggunakan kereta milik mangsa.

 Ini menyebabkan mangsa merangkak sejauh 20 meter hingga ke depan pintu rumah saudaranya untuk meminta bantuan dalam kejadian jam 4 pagi itu. Biras mangsa Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian disedari beberapa saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar pintu rumahnya. "Pada mulanya ahli keluarga lain yang tinggal berdekatan tidak berani menghulurkan bantuan kerana tahu sikap panas baran menantu Wak Jamil. Bagaimanapun, kerana tidak sanggup melihat dia merintih meminta tolong menyebabkan mereka membantunya. -Metro




.

Misteri penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Tok Sardon



Misteri penemuan mayat lelaki terapung di Sungai Tok Sardon  | Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui terapung di Sungai Tok Sardon, Kubang Semang di sini, semalam. Mayat terbabit ditemui pada 5 petang tadi penduduk kampung yang menghubungi polis. Menurut sumber, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kematian mangsa. "Anggota forensik masih berada di lokasi kejadian dan kita turut memanggil pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat dalam sungai terbabit," katanya. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!