Tuesday, December 2, 2014

BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber selamat dalam kemalangan ngeri di Sao Paulo



BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber selamat dalam kemalangan ngeri di Sao Paulo | BEKAS pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber bernasib baik selepas terlibat dengan kemalangan ngeri ketika perlumbaan Endurance Dunia di Brazil pada Ahad. Pelumba Australia berusia 38 tahun itu memandu Porche 911 terbabas dan dilanggar pelumba Ferrari Matteo Cressoni pada selekoh terakhir perlumbaan enam jam di Sao Paulo sebelum merempuh menghadang jalan. Bagaimana pun Webber yang bersara dari perlumbaan F1 tahun lalu tidak mengalami kecederaan serius.


Malah di laman Facebook rasminya juga, Webber mendedahkan dia 'okay' dan telah menjalani rawatan. "Selepas kemalangan pada perlumbaan enam jam di Sao Paulo, Webber berada dalam keadaan sedar. Dia juga telah dibawa ke hospital," jelas kenyataan. Selepas 12 tahun mencatat pelbagai kejayaan dalam saingan F1, bekas pelumba Red Bull ini menyertai pasukan Porche dalam siri Endurance Dunia dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 keseluruhan musim ini. -AP




.

Perasaan ingin tahu membawa kepada penemuan sebuah kereta terbabas dari jalan dan menjunam ke dalam air



Perasaan ingin tahu membawa kepada penemuan sebuah kereta terbabas dari jalan dan menjunam ke dalam air | Perasaan ingin tahu seorang pekerja ladang menjejaki kesan tayar ke arah sungai di sebuah jalan di Beluran terjawab apabila dia menemui sebuah kereta terbabas dari jalan dan menjunam ke dalam air. Pemandunya, Clifford Nicholas, 34, ditemui mati di tempat kejadian, berkemungkinan lemas selepas kereta Nissan Skyline yang dipandunya terjunam ke dalam sungai. Clifford sedang memandu pulang selepas menghadiri perhimpunan keluarga di daerah Beluran apabila keretanya tergelincir dan menjunam ke dalam sungai sekitar pukul 4.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran Supritendan Sivanathan Velautham berkata pihak berkuasa percaya dia telah terperangkap dalam keretanya dan lemas. Bagaimanapun, kejadian itu hanya dapat diketahui kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin apabila pekerja itu melihat kesan tayar di atas tanah dan memutuskan untuk menyiasat ke arah mana ia dipandu, katanya. "Clifford meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia tiga bulan," katanya. Mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah siasat, kata Sivanathan. -Mstar




.

Ramai artis kenakan caj yang agak tinggi untuk iklan di Instagram mereka. Berapakah anggaran nilainya??



Ramai artis kenakan caj yang agak tinggi untuk iklan di Instagram mereka. Berapakah anggaran nilainya??  | Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya. Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang. Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi. Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama. Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000.


Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000. Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500. Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan. Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka.


Menurut Fizo, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk. "Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan. "Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini. "Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram.

"Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya. Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan. Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan. Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran. -Mstar




.

Punca Muhammad menjadi nama paling popular dalam kalangan bayi baru lahir di United Kingdom (UK)



Punca Muhammad menjadi nama paling popular dalam kalangan bayi baru lahir di United Kingdom (UK) | Muhammad menjadi nama paling popular dalam kalangan bayi baru lahir di United Kingdom (UK) sepanjang tahun ini. Mail Online memetik laporan yang dikeluarkan oleh laman web BabyCentre menyatakan, nama Muhammad menduduki tangga pertama tahun ini selepas berada di tempat ke-27 pada tahun lalu. Laporan berkenaan turut menyimpulkan bahawa berlakunya peningkatan dalam penggunaan nama-nama Arab di UK de­ngan nama seperti Omar, Ali dan Ibrahim buat pertama kali tersenarai dalam 100 nama paling popular. Sementara itu, bagi bayi perempuan, nama seperti Maryam terus menjadi pilihan dengan menduduki tangga ke-35, manakala nama Nur buat pertama kali tersenarai dalam lingkungan 100 nama paling popular apabila menduduki tangga ke-29.

Sophia menjadi nama bayi pe­rempuan paling popular di UK di­ikuti Emily dan Lily. Ketua Editorial BabyCentre, Sarah Redshaw berkata, peningkatan penggunaan nama-nama Arab menunjukkan UK kini mengalami perubahan dari segi ‘kepelbagaian’ agama, bangsa dan fahaman. Bagaimanapun, nama yang sering digunakan dalam kalangan keturunan diraja iaitu George jatuh lima anak tangga berbanding tahun lalu apabila menduduki tangga ke-13 pada tahun ini. Nama diraja lain seperti Harry dan William juga semakin kurang popular dalam kalangan penduduk UK. -AP




.

Inilah rupa hujan batu yang melanda Australia



Inilah rupa hujan batu yang melanda Australia | Angin kencang dan hujan batu sebesar bola tenis yang melanda bandar Brisbane, kelmarin menyebabkan kerugian bernilai lebih AS$85 juta (RM287 juta). Menurut laporan AFP, ribut yang disifatkan sebagai salah satu kejadian paling buruk di negara itu sejak 30 tahun lalu telah mengakibatkan banyak pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan. Menurut pihak berkuasa, ribut yang membawa angin kencang berkelajuan sehingga 140 kilometer (km) sejam yang dikategorikan sebagai taufan kategori dua itu juga mencetuskan banjir kilat di bandar pantai timur terbabit.


Dalam kejadian berasingan sebanyak empat pesawat ringan di Lapangan Terbang Archerfield, terletak kira-kira 11 km dari Brisbane turut terbalik akibat ditimpa hujan batu berkenaan. Sementara itu, Perdana Menteri Queensland, Campbell Newman memaklumkan tiada kematian dilaporkan walaupun ribut itu adalah paling kuat yang direkodkan pernah melanda Brisbane sejak 1985. -AP




.

Cinta songsang pasangan gay berakhir dengan tragedi



Cinta songsang pasangan gay berakhir dengan tragedi | Hubungan percintaan songsang sepasang gay sejak lapan bulan lalu berakhir dengan kematian apabila seorang daripada mereka menumbuk mati kekasihnya selepas satu pertengkaran berhampiran Zoo Bronx, semalam. Suspek bagaimanapun tidak terus ditahan kerana polis tidak dapat mengenal pasti sama ada mangsa berusia 42 tahun itu mati akibat ditumbuk atau serangan jantung. Ketika ini, lelaki yang mati itu diketahui menjalin hubungan cinta dengan pemuda berusia 20 tahun. Media melaporkan pasangan gay terbabit bertengkar atas sebab yang belum disahkan. Seorang daripadanya kemudian melepaskan tumbukan menyebabkan lelaki yang lebih berusia itu terjatuh lalu mati. - Agensi




.

Tragedi dalam timbunan rumput kering



Tragedi dalam timbunan rumput kering  | Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun atas tuduhan merogol tiga beradik perempuan berusia antara tujuh hingga sembilan tahun yang juga jirannya di daerah Aranyaprathet. Polis dipanggil ke rumah remaja itu dan mendapati 20 penduduk kampung sudah mengepung kediaman. Penghulu Aranyaprathet, Sungwarn Lakunplearn berkata, suspek memujuk tiga beradik itu untuk bermain di dalam timbunan rumput kering berhampiran rumah mereka pada tengah hari Sabtu lalu. Remaja itu dikatakan mengakui terangsang selepas bermain dengan kanak-kanak terbabit sebelum membawa adik bongsu mereka ke tempat tersorok dan merogolnya.

 Dia kemudian melakukan perkara sama kepada dua kakak mangsa. Semua mangsa tidak faham apa yang dilakukannya kepada mereka. Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa kemudian menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya yang terus mengadu kepada Sungwarn. Timbalan Ketua Polis Aranyaprathet, Kapten Chaiya Maneesoot berkata, pegawai dari Pejabat Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial Sa Kaeo akan menghadiri sesi soal siasat suspek dan mangsa disebabkan semuanya masih bawah umur. - Agensi




.

Pelik! Hidung dan mata wanita dihinggapi lalat hingga bertelur ketika dirawat di hospital


Pelik! Hidung dan mata wanita dihinggapi lalat hingga bertelur ketika dirawat di hospital | Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yang dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini. Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yang dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit. Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.


 “Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari. “Wad berkenaan tidak mempunyai tingkap yang terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar,” kata laporan berkenaan. Rakaman video yang memaparkan doktor mengeluarkan ulat berengga dari mata dan hidung wanita itu kini menjadi popular di internet selepas dimuat naik beberapa hari lalu. – Agensi




.

Terkejut makan makanan laut di Labuan, dikenakan bayaran RM900 untuk 4 menu



Terkejut makan makanan laut di Labuan, dikenakan bayaran RM900 untuk 4 menu | "Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah. Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.

“Kami juga ada memesan hidangan ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut tapi tidak disertakan dalam hidangan itu. Kami juga hairan kerana harga itu dikenakan untuk hidangan makanan saja dan tidak termasuk minuman yang kami pesan. Ia melampau dan tidak berbaloi," katanya. Dia berkata, selepas semua selesai makan dan seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, penjaga kaunter di restoran itu memaklumkan jumlah keseluruhan hidangan makan malam itu adalah sebanyak RM900. "Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada penjaga kaunter terbabit itu. Langsung tidak masuk akal.

"Apabila ditanya, penjaga kaunter itu memaklumkan pihaknya tidak tahu namun itu adalah harga sebenar selepas membuat pengiraan. Kami juga tidak dibenar melihat resit untuk harga pembayaran ke atas beberapa menu itu. "Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat iaitu sebanyak RM700 selepas sesi tawar menawar kerana tidak mahu membuat kecoh dan memanjangkan perkara itu. Hakikatnya, kami tidak setuju dengan harga cekik darah yang dikenakan," katanya. Katanya, sebelum ini, dia pernah mengunjungi restoran berkenaan bersama rakan namun ini adalah kejadian pertama apabila dikenakan harga bayaran seperti itu.

"Saya dan rakan lain seramai 18 orang pernah memesan hidangan sama namun harga yang dikenakan hanya RM450. Tapi kali ini sudah berbeza Saya mendedahkan perkara ini bukan untuk menutup periuk nasi pemilik restoran itu tapi saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," katanya. Berikutan itu, dia turut memuat naik resit pembayaran dengan harga dikenakan di laman Facebook (FB) miliknya dengan nama Malas Ku Ingau selain turut di kongsi kepada pengguna FB lain termasuk dengan nama no next...macam2 ada di sini. Dalam statusnya di FB itu, Zulfadely turut mendapatkan pandangan pengguna laman sosial itu berhubung caj bayaran yang dikenakan restoran terbabit. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran seharusnya memaparkan tanda harga pada resit pembayaran untuk makluman orang ramai.

"Jika resit pembayaran makanan tidak dibuat secara menyeluruh dan harga yang dikenakan terlalu mahal, maka pihak restoran dipercayai ada unsur mengaut keuntungan secara mudah. "Orang ramai boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut. "Pihak kami kerap menerima kes seperti ini membabitkan tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Isu mahal atau murah adalah perkara kedua, yang paling utama adalah memaklumkan kepada pengguna harga bayaran setiap menu yang disediakan sama ada berbaloi atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini. -Metro




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!