Friday, January 30, 2015

Apa dah jadi ni? Lelaki berpakaian kostum bergaduh sesama sendiri


Apa dah jadi ni? Lelaki berpakaian kostum bergaduh sesama sendiri | Kerana berebutkan kawasan, lelaki berpakaian watak kartun Mr Incredible membelasah wanita berkostum adiwira Bat girl sebelum pergaduhan itu dileraikan ‘Freddy Krueger’ dan ‘Chewbacca.’ Dalam kejadian di Hollywood Boulevard pada 22 Oktober lalu itu, Muhammet Bilik, 35, mengejutkan orang ramai apabila menumbuk dan membuang mangsa ke lantai di khalayak ramai. Sehubungan itu, ‘Mr Incredible’ dihukum penjara sehari, tiga tahun pemerhatian, kerja pembersihan jalan selama 20 hari dan 36 kelas mengurus kemarahan.

Dia juga dilarang berada di Hollywood Entertainment District sepanjang tempoh pemerhatian itu. Kejadian itu dirakam dan disebarkan di YouTube. Muhammet dilihat memegang ‘Batgirl’ sebelum ‘Chewbacca’ dan ‘Freddy Krueger’ serta seorang lagi watak kartun, ‘Where’s Waldo’ menghampiri mereka. Tiga rakan itu kemudian cuba meleraikan pertengkaran berkenaan, malah ‘Waldo’ berjaya mengheret Muhammet dari situ.

Bagaimanapun, Muhammet kemudian mencari ‘Batgirl’ dan terus menghempaskan wanita terbabit ke jalan sebelum beberapa pelancong menyelamatkan mangsa. Polis tidak dapat mengenal pasti identiti ‘Mr Incredible’ sehingga ‘Batgirl’ kembali di jalan berkenaan beberapa minggu kemudian seterusnya membolehkannya disoal polis. Pegawai Pendakwa Mike Feuer berkata, perselisihan faham itu akibat berebut kawasan antara penghibur terbabit. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!