Monday, January 5, 2015

Bas rempuh kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar



Bas rempuh kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar | Orang ramai yang bersarapan di sebuah restoran terkejut apabila sebuah bas secara tiba-tiba merempuh tiang konkrit di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sultan Iskandar, dekat Pekan Lama Ipoh, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.25 pagi, bas henti-henti yang dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun dan membawa lima penumpang termasuk seorang konduktor bas dalam perjalanan dari Tanjung Rambutan ke Stesen Bas Medan Kidd. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan sebuah bas terbabas lalu melanggar bahagian depan tiang konkrit di hadapan sebuah kedai gambar.

“Setiba di tempat kejadian, bas yang dipandu lelaki berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah bas di laluan sama sebelum terbabas dan merempuh tiang konkrit di depan kedai gambar berkenaan. “Ketika kejadian, bas berkenaan membawa lima penumpang termasuk seorang konduktor bas, manakala pemandu sebuah lagi bas tidak membawa penumpang. Semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. Wan Sharuddin berkata, pemilik kedai berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, akibat pelanggaran itu, pemandu bas terbabit lebam di dada, sementara pemandu sebuah lagi bas tidak mengalami sebarang kecederaan. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!