Thursday, January 8, 2015

Cara paling mudah mengetahui lokasi restoran halal di seluruh dunia



Cara paling mudah mengetahui lokasi restoran halal di seluruh dunia | Sebuah syarikat tempatan semalam melancarkan perkhidmatan aplikasi telefon genggam yang membolehkan pengguna Muslim berkongsi lokasi restoran halal di seluruh dunia. Aplikasi HalalTrip yang disediakan secara percuma untuk peranti Apple iOS dan Android itu memberi ruang kepada pengguna memuat naik gambar hidangan halal, menulis komen dan mengongsinya melalui media sosial. Sesiapa yang mengklik gambar itu pula boleh mengetahui butiran hidangan berkenaan serta lokasi ia disediakan.

Aplikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Arab itu juga menggunakan maklumat lokasi penggunanya bagi memaparkan gambar hidangan halal sesebuah restoran. Ketua Eksekutif HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata, makanan halal memainkan peranan penting kepada aktiviti pelancongan di kalangan Muslim. “Apabila melancong, antara faktor penting difikir umat Islam ialah bagaimana mendapatkan makanan halal. “Apa yang kami lakukan ialah membawa elemen media sosial bagi mendedahkan maklumat mengenai makanan halal dan menjadikan ia lebih menyeronokkan,” katanya. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!